Nak Kesan Produk Kosmetik Sampah? Jadi Pengguna Bijak Dengan Baca Panduan Ni

Nak Kesan Produk Kosmetik Sampah? Jadi Pengguna Bijak Dengan Baca Panduan Ni | Rasanya isu tentang keberkesanan produk kecantikan ni memang tak akan habis kerana ada saja yang ragu-ragu tapi masih memakainya.

Dalam pada hati berbelah bahagi sama ada produk tersebut selamat atau tidak, ramai juga yang tertanya-tanya macam mana nak tahu adakah produk itu bagus atau hanya sekadar mengaut untung atas angin.

Kami tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh Khairul Yoi tentang bagaimana untuk mengesan produk kosmetik yang digelarnya sebagai ‘produk sampah’ di pasaran sekarang.

Sama-sama kita hadamkan apa yang cuba bro ni sampaikan.

Kenali founder produk kosmetik terlebih dahulu

1) Kau pergi kedai jamu dalam mall tu. Tak pun mana-mana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecil-kecil, warna warni di Aidilfitri, itu la produk sampah.

2) Kau cari founder dia. Tengok latar belakang. Kalau tak ada background medic atau chemist, SPM belum habis, atau jenis belajar tak tinggi mana, pendek kata bodoh la senang citer, maknanya produk dia produk sampah.

3) Kau tengok ada jual kat drugstores tak. Kalau tak ada, sampah!

Tengok pada kotak dan ingredients

4) Benda ni paling senang detect. Tengok kotak, ada alamat kilang tak, ada ingredients tak. Kalau takde, sampah!

5) Ada KKM tak bermakna selamat. Aku dah pernah citer pasal KKM sebelum ni. Apatah lagi yang tak ada KKM. Lagi la sampah!

6) Tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!

Cuba bau, wangi ke tidak

7) Bau. Bau wangi macam letak perfume. Sebab nak hilangkan bau mercury.

8 ) Tekstur produk kosmetik. Melekit dan berkilat. Ada mercury. Bila dibiarkan lama-lama, bekas krim akan jadi hitam.

9) Sekiranya korang pakai produk kosmetik tu dan muka barai, sampah! Takde istilah healing crisis. Ada yg cakap “aku pakai elok je”. Yang ni aku nak terang sikit. Ada 3 cara mercury / hydroquinon / tretinoin baraikan kesihatan kau.

Pertama, kesan segera. Kalau pakai terus barai. Kedua, lepas berhenti baru barai. Ketiga, muka glowing, cantik, berkilat. Tapi buah pinggang rosak slow-slow.

Ada mangkuk hayun tanya “Pakai kat muka tetiba rosak buah pinggang? Tak ada kena mengena!” Haa ini kalau aku kabor kau bengap mmg menggelupur. Mercury meresap dari kulit sampai ke dalam saluran darah, darah dibawa ke buah pinggang untuk tapis.

Tak adanya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Tu pasal effect buah pinggang. Dah rasa educated sikit lepas baca ni kau boleh slow-slow hantuk kepala kat dinding.

BACA JUGA: Ini Sebab Kenapa Jangan Beli Produk Kosmetik Lokal Yang Menipu Nombor KKM!

produk kosmetik

Pakai dua minit dah putih

10) Overclaim. Pakai 2 minit dah putih. Pakai seminggu dah naik urat hijau, bla bla bla. Sama macam supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke boleh rawat buah pinggang ke boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat!

I’ve done my part. The choice is yours!

Deep sungguh apa yang bro ni cakap. Tapi kalau fikir betul-betul, ada benarnya juga. Bukan apa, iklan produk kosmetik sekarang ni melampau-lampau betul testimoninya. Lebih sedih lagi bila ramai yang percaya dan turut sama tertipu.

Apa-apa pun, pilihan di tangan korang. Jangan kata kami tak warning. Buatlah pilihan dengan bijak. Hiks!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − six =