Jangan Abaikan 9 Tanda Badan Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan

Jangan Abaikan 9 Tanda Badan Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan | Benda dengar mudah, tetapi ramai tak cukup air dalam badan khususnya golongan lelaki kerana kurang minum air masak kalau pergi kedai pun selalu pesan air manis je.

Cuba tengok kesan tak cukup minum air seperti di bawah. Mesti korang pernah kena kan tapi masih tak perasan?

9 Tanda Tak Cukup Air Dalam Badan

1. MULUT KERING

Antara tanda tak cukup air mudah nak detect bila kurang minum air ialah mulut terasa kering. Tetapi sesetengah orang bila mulut kering pergi air manis pula.

Ramai tak tahu air bergula adalah penyelesaian bersifat sementara kepada masalah kesihatan lebih besar. Minum air kosong mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut-menjadikan bibir anda sentiasa lembap.

2. KULIT ANDA KERING

Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang-menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari.

Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh.

3. SELALU RASA DAHAGA

Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda.badan tak cukup air, kesan bila tak cukup air, kesan tak minum air yang cukup, minum air cukup,

4. RASA SAKIT PADA SENDI

Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan ‘mengisar’ antara satu sama lain sewaktu kita bergerak.

Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh. Bila tak cukup air dalam badan sendi-sendi anda lebih cepat penat.

5. JISIM OTOT BERKURANGAN

Kalau korang rajin ke gim, korang kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda.

Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman kerana tak cukup air.

6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK

Minum air bolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seeprti mesin. Kalau ‘mesin’ ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba ‘menarik’ sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula.

BACA JUGA: Rahsia Minum Air Selepas Bangun Pagi

7. LETIH DAN LESU (Pukul 2 petang dah ngantuk di ofis, betul?)

Bila dah tubuh anda tak cukup air terpaksa tarik cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah tersebut kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Bila oksigen tak cukup, korang akan rasa ngantuk dan letih tak sudah.

Bila dah ngantuk, tu yang dekat ofis pukul 2-3 muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi! Sedangkan untuk jangkamasa panjang, kopi tidak membantu pun untuk korang stay segar!

8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN

Hanya kerana air tak cukup dalam tubuh, perut pun turut sama terheret. Bila air tak cukup, bendalir dalam perut berkurangan, menyebabkan asid perut merosakkan tubuh anda hingga menyebabkan rasa pedih ulu hati dan senak perut.

9. RASA LAPAR (DAN ANDA MASIH KOMPLEN BADAN TAK KURUS WALAU KURANG MAKAN?)

Bila tubuh tak cukup air, ia berasa seolah-olah yang ia perlukan makanan. Ingat tak malam-malam masa sebelum tidur rasa laparlah, nak makan sneklah. Itulah akibatnya.

Sedangkan bila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!

TIP MINUM AIR SECUKUPNYA

Secara puratanya, air kosong yang perlu diminum mengikut berat badan adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25 kg. Namun begitu, bagi lelaki, disarankan untuk minum 3 liter air sehari (lebih kurang 13 cawan air). Bagi wanita pula, lebih kurang 2.2 liter (sekadar 9 cawan air).

Tips #1: Minum air setiap kali lepas solat

Boleh amalkan sekali minum, minum segelas air dalam kuantiti 500ml (kuantiti satu botol mineral air standard size):

  • Selepas sembahyang subuh = 1 gelas air kosong.
  • Selepas breakfast = 1 gelas air kosong
  • Selepas zohor = 1 gelas air kosong
  • Selepas Asar = 1 gelas air kosong
  • Selepas Maghrib = 1 gelas air kosong
  • Selepas Isya’ = 1 gelas air kosong

Jadi, jumlah 6 gelas air bersamaan 3 liter air kosong, selesai masalah tak cukup air!

Tips #2: Buat senggatan pada botol

Terbaik jika anda boleh dapatkan terus satu botol air yang siap anda senggatan kuantiti air dalam unit liter. Lebih mudah jika botol air tadi isipadu maksimumnya ialah 3 liter. Jika tidak ada, botol air mineral besar berisipadu maksimum 1.5 liter pun boleh digunakan. Bermaksud, anda perlu minum 2 botol 1.5 liter setiap hari.

Dicadangkan anda buat senggatan masa pada botol tersebut. Tandakan pada aras tertentu masa di mana anda perlu habiskan air di dalam botol tadi. Usahakan untuk berjaya minum 1.5 liter selepas anda makan tengahari, atau lebih kurang sebelum pukul 2:00 pm.

Dan habiskan baki lagi 1.5 liter sehingga sebelum waktu anda tidur. Dengan menggunakan teknik senggatan masa ini, anda akan rasa ianya seperti satu objektif atau plan yang jelas & mudah untuk dilakukan.

BACA JUGA: Kenapa Perlu Kenali Warna Air Kencing Anda?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × five =