Nak Hapuskan Siput Perosak Tanaman Malam Hari? Boleh Cuba 10 Cara Ni!

Nak Hapuskan Siput Perosak Tanaman Malam Hari? Boleh Cuba 10 Cara Ni! | Siput, tak kira lah apa jenis pun dia yang menjadikan tanah sebagai habitat merupakan ancaman kepada tanaman terutamanya yang jenis sayur. Tah bila masa dia buat kerja, tiba-tiba ada bahagian daun dah kokak dimakan siput. Aduh luluhnya lah hati.

kalau makan sikit-sikit tak apa lagi. ni habis tebok sana, tebok sini. Tanaman rosak begitu shaja. Selalu yang jadi mangsa anak-anak pokok. dah macam-macam cara dibuat. Sekejap je hilangnya. Masuk musim baru, eehh dia datang lagi.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Pagi hari ke kebun nak siram pokok, sekali tengok anak pokok tinggal batang nye sahaja. Sayur-sayur berdaun berubang-lubang. Cari serangga perosak, puas dibelek-belek tak jumpa. Kesan kehadiran sahaja yang ditinggalkan.

Kebiasaanya serangga perosak yang aktif di waktu malam adalah siput. Yang paling sukar dikesan adalah siput trumpet kerana ia akan duduk di dalam tanah diwaktu siang.

Selain menggunakan semburan pemusnah, ada cara semulajadi dan organik untuk menyelesaikan maslah siput perosak tanaman di kebun.

1. Kutip satu-satu siput perosak tanaman dan musnahkan secara serentak. Selalu yang admin buat, bakar dalam unggun api. Tengah api menyala-nyala tu, campakkan sahaja. Nanti abu tu boleh ambil dan jadi baja balik. Kalau tak nak buat pembakaran terbuka, Ambil sebiji batu yang besar, hempapkan sampai lumat.

2. Epsom salt pon boleh membantu membanteras dan mencegah siput perosak tanaman. Selain membaja, garam tersebut juga menyebabkan siput kecil yang macam rupa siput sedut lenyap secara beransur-ansur. Siput kecil tak makan umpan racun siput yang butirnya kasar dan agak sukar nak hapuskan, jadi cara ini lebih mudah, berkesan dan selamat.

3. Siput mempunyai mukus/lendir. Ada rakan kebun yang cadang letakkan pasir di sekeliling kawasan tanaman ataupun buat ‘pagar’ bagi mengganggu pergerakan siput.

4. Selain pasir, anda boleh gunakan kulit telur yang telah ditumbuk halus. Sementara melindungi tanaman dari serangan siput perosak tanaman, ia juga membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tanaman.

5. Taburkan serbuk kayu atau serbuk gergaji di sekeliling tanaman. Ia akan mengganggu kelancaran perjalanan cik put.

6. Taburkan abu daripada pembakaran sampah di sekeliling tanaman. Ia juga membantu meningkatkan pH tanah. Malah teksturnya tidak digemari siput.

7. Selain gunakan abu yang anda bakar sendiri tu, boleh juga guna arang sedia yang boleh didapati di kedai runcit. Tapi pilih yang tak terlalu keras. Nanti, anda huncurkan arang tersebut menjadi serbuk taburkan pada pangkal atau batas tanaman.

8. Cara paling mudah untuk memerangkap siput adalah dengan menggunakan tepung jagung. Masukkan satu atau dua sudu tepung jagung ke dalam bekas atau piring yang mudah dimasuki siput dan letak di kawasan sasaran. Tepung jagung berkesan membunuh siput kerana akan mengembang dalam tubuhnya. Untuk memikat siput datang ke jerat, letakkan makanan yang digemari siput babi seperti kobis.

9. Buat penghadang siput daripada memasuki kawasan tananam. Anda boleh gunakan lidi pencungkil gigi tu, susun rapat-rapat. kalau anak pokok yang masih kecil, buat rumah hijau mini dari botol.

BACA JUGA : Potensi Lumayan Tanaman Terung Fertigasi, Anak Muda Kena Ambil Peluang Ni.

Namun, dalam banyak-banyak kaedah dari 1 hingga 9, No. 10 ni paling digemari. Cara penyediaan amat mudah dan cepat. bukan sekecil-kecil siput yang akan terperangkap, kalau ada masalah lintah bulan pun ini adalah kaedah terbaik.

10. Campurkan air bersama yis dan gula. Nisbah dia tak kesah, ikut sesedap rasa. Letak air bancuhan tadi di dalam bekas berhampiran tanaman. esok pagi, anda tengok hasilnya. Biasa kaedah ini digunakan pekebun luar negara tapi diganti dengan air beralkohol. Tapi campuran gula dan yis ni pon result dia sama.

siput perosak tanaman siput perosak tanaman

Walaupun kaedah dan petua ini bukanlah 100 peratus dapat membasmi siput perosak tanaman, sekurang-kurangnya dapat mengatasi secara berperingkat. Ia perlu dibuat secara berkala atau kerap. Selamat mencuba.

BACA JUGA : Nak Elak Pokok Sayur Dari Serangan Ulat? Inilah Petua Mudah & Berkesan Korang Boleh Cuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 − one =