Ini Cara Untuk Anda Mohon Skim Perumahan Belia Oleh Kerajaan. Jom Beli Rumah Pertama!

Ini Cara Untuk Anda Mohon Skim Perumahan Belia Oleh Kerajaan. Jom Beli Rumah Pertama! | Anda masih bujang atau sudah berkahwin tapi belum memiliki rumah pertama? Berita baik untuk anda sebagai rakyat Malaysia terutamanya kepada pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama.

Anda kini boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN atau Youth Housing Scheme YHS, ianya adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama pintar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas.

Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN ini diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami isteri dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Dapat buat pinjaman perumahan penuh tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri dengan Skim Perumahan Belia

Skim Perumahan Belia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat pengumuman bahawa Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN ini menawarkan jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas.

Ia boleh digunakan untuk membayar 10% deposit rumah atau pun downpayment yang hendak dibeli. Ini bermakna anda boleh mendapatkan pinjaman perumahan penuh tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri pun.

Contohnya, kalau anda nak beli rumah harga RM350,000, duit deposit sebanyak RM35,000 akan dijamin oleh pihak Cagamas.

Satu lagi yang menarik tentang skim ini ialah kalau anda membeli rumah pada harga RM300,000 dan ke bawah, anda layak untuk mendapatkan 100% pengecualian duti setem untuk surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan.

Selain itu, kemudahan pembiayaan perumahan skim ini juga akan memberi dana subsidi sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun untuk mereka yang layak.

Permohonan skim ini telah pun dibuka mulai 1 Januari 2020 dan akan ditutup pada 31 Disember 2021.

Berikut di bawah adalah syarat kelayakan, manfaat dan kelebihan Skim Perumahan Belia BSN:

  1. Warganegara Malaysia berusia dari 21 tahun hingga 45 tahun
  2. Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000
  3. Hanya untuk pemilikan hartanah pertama sahaja
  4. Permohonan secara perseorangan atau secara bersama
  5. Memiliki bukti pembelian atau pemilikan hartanah
  6. Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i

Manfaat dan kelebihan yang anda dapat daripada skim ini

  • Jumlah Pembiayaan : RM100,000 (Minimum) sehingga RM500,000 (Maksimum)
  • Margin Pembiayaan : i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah

ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada
harga belian rumah.

  • Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
  • Kadar faedah atau Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4% *(Tertakluk terma & syarat) (BLR/BFR semasa ialah 6.85%)
  • Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon skim ini?

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli/Resit deposit/Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan

Pemohon berpendapatan tetap:

  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/EC

Pemohon bekerja sendiri:

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen-dokumen lain (jika perlu)

Pemohon bersama (pasangan sahaja)

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen-dokumen lain (jika perlu)

Bagi yang berminat dengan Skim Perumahan Belia BSN ini anda boleh mengemukakan permohonan dan mendapatkan borang di sini.

So, tunggu apa lagi? Boleh terus cepat pergi hantar permohonan pada BSN yang terdekat okay!

BACA JUGA: Kalau Nak Senang Lulus Pembiayaan Perumahan, Rupanya Ada Trik Yang Anda Kena Tahu!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 4 =