Jika Mahu Berjimat, Jangan Malu Dengan 10 Perkara Ini!

Jika Mahu Berjimat, Jangan Malu Dengan 10 Perkara Ini! | Sebagai anak muda remaja pada masa kini, diri merasa terlalu malu sekiranya tidak dapat hidup senang. Hidup senang bagi anak muda pada zaman sekarang adalah dengan hidup yang bergaya dan seronok melihat individu lain membeli belah tanpa berfikir panjang.

Ambil sahaja apa yang diinginkan, tanpa berkira harga mahal ataupun tidak. Minda anak remaja seolah-olah telah di-setkan bahawa hidup senang dan bergaya sahaja akan memiliki ramai kawan dan dapat menarik perhatian orang ramai.

Malahan mereka juga beranggapan, dengan memiliki wang yang banyak sahaja dapat menjaminkan kebahagiaan hidup.

Kalau tak kaya, merana seumur hidup.

Namun, kalau banyak duit tapi tiada perancangan sebenarnya tidak sihat juga. Ada sahaja mereka yang berpendapatan tidak tinggi, hidup bersederhana, mampu untuk hidup bahagia dan bergelak tawa bersama keluarga.

berjimat

BACA JUGA : Kurangkan Perbelanjaan & Mesti Ada Side Income, Ini Tip Untuk Kekal Berduit Agar Tidak ‘Botak’

Ubah lah mind set anak-anak supaya jangan malu untuk berjimat

1. Jangan malu pakai kereta tempatan.

Kereta tempatan? Ada juga segelintir daripada kita seolah-olah mencebik apabila terlihat mereka yang menggunakan kereta tempatan. Tidak bergaya katanya. Jika berkemampuan dan pendapatan melebihi perbelanjaan berganda-ganda tidak mengapa, tapi kalau dan pendapatan pun cukup-cukup makan, beli sahaja kereta tempatan.

2. Jangan malu pakai baju yang sama setiap minggu.

Terutamanya pada golongan wanita, malu katanya pakai baju yang sama setiap minggu. Baju yang berlainan setiap hari dan setiap minggu itu penting kerana mahu menjaga penampilan. Boleh jaga penampilan, tetapi pentingkan bau badan dulu, ye!

3. Jangan malu pakai tudung yang tidak berjenama.

Revolusi yang semakin ketara adalah berkenaan dengan tudung/hijab ini. Tudung berjenama dengan harga yang tidak masuk akal semakin mendapat nama dikalangan anak muda. Namakan sahaja tudung yang berjenama anda tahu, semuanya harga boleh menyara makan minum kita selama seminggu atau sebulan.

4. Jangan malu pakai telefon bimbit biase-biase sahaja.

Taknak pakai telefon tidak berjenama, malu! Tidak bergaya!

Dah tahu nak berjimat, usahla bermimpi nak beli telefon bimbit dengan ansuran.

5. Jangan malu duduk apartment murah.

Bujang dan bekerjaya akan cuba mencari apartment yang selesa untuk disewa. Namun, yang selesa dan menarik perhatian adalah apartment yang mahal harga sewanya. Tidak kisah bayar sewa mahal-mahal, asalkan selesa. Tapi tidak pula menjadi seorang pembersih, memang lah tak selesa!

6. Jangan malu naik motor sahaja.

Malu naik motor, nanti awek tak pandang! Malulah naik kereta berjenama, tapi ibu bapa yang bayarkan ansuran setiap bulan. Lebih memalukan lagi tak pandai nak berjimat dengan minyak kenderaan pun minta pada pasangan!

7. Jangan malu minum air kopi RM2.

Minum kat kedai mamak, malu!

Malulah minum air kopi RM12, tetapi pakai kad kredit yang tak tau dah lebih had limit ke belum. “Cuba swipe, kalau tak saya cuba kad lain..”

8. Jangan malu travel dalam negara.

Malu travel kat dalam negara, sebab orang lain semua travel negara yang cantik pemandangan!

Eh, dalam Malaysia ni tak ada pemandangan menarik ke?

9. Jangan malu beli rumah kos rendah.

Malu beli rumah kos rendah, dah la kecik, tak padan dengan zaman kini! Jangan pernah rasa rugi membeli rumah, tetapi perlu pandai berjimat dengan mencari tempat yang strategi dan beli pada mereka yang memang mahir dalam bidang hartanah.

10. Jangan malu bawa bekal ke pejabat setiap hari.

Malu nak bawa bekal ke pejabat, kerana semua rakan sekerja makan di restoran setiap hari. Makan tengah hari di restoran melayu pada zaman sekarang pun RM7 sehingga RM10 sekurang-kurangnya. 5 hari bekerja, RM35 – rm50. Sebulan pula, RM150- RM200. Belum masuk pada hari minggu nak makan makanan mahal pula dengan pasangan. Janganlah malu nak berjimat dan lebihkan nafsu makan pula!

Jangan Malu Dan Ukur Baju Pada Badan Sendiri!

BACA JUGA : Sayangkan Anak Elak Bagi Wang Saku Ekstra, Jangan Belanja Mengikut Kehendak Hati

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × five =