Cara Mudah Untuk Siram Pokok, Lebih Jimatkan Air!

Cara Mudah Untuk Siram Pokok, Lebih Jimatkan Air! | Selain daripada dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan diri, hobi bercucuk tanam juga adalah merupakan satu aktiviti yang mampu menjadi satu terapi dengan memberikan ketenangan fikiran.

Siapa sahaja yang tidak gembira apabila memiliki kebun kecil yang subur menghijau meskipun tapak kawasannya hanya boleh diukur dengan menggunakan jari.

Ia bukan sekadar hobi, minat bercucuk tanam juga dapat menjadikan seseorang sentiasa berasa gembira dan memiliki emosi stabil terutama selepas selesai bercucuk tanam.

BACA JUGA : Selalu Siram Pokok Tetapi Tanaman Kerap Mati? Inilah Waktu Ideal Siram Pokok!

siram pokok

Malah aktiviti mencabut rumput liar juga merupakan satu kepuasan kepada yang melakukan aktiviti tersebut. Namun begitu, tahukah anda tentang cara yang paling efisyen untuk menyiram tanaman?

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @AStrangerNobody dimana video tersebut memaparkan tentang satu cara terbaru untuk menyiram pokok.

Menerusi Tweet berkenaan, pokok-pokok yang ditanam itu telah diberikan air dengan menggunakan kaedah siram pokok seperti di dalam video berkenaan.

Jika dilihat berdasarkan rakaman tersebut, kesemua pokok-pokok berkenaan telah direndam dengan bekas yang mengandungi air dan kemudian tanaman itu dikatakan akan menyerap air tersebut mengikut jumlah keperluannya.

Secara tidak langsung, cara tersebut dapat memastikan tanaman mendapat bekalan air yang mencukupi selain daripada mampu menjimatkan tenaga air.

Rata-rata warga netizen berasa teruja setelah melihat video berkenaan. Posting itu juga telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 961 ribu tontonan umum menerusi akaun Twitter terbabit.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + seventeen =