Selalu Siram Pokok Tetapi Tanaman Kerap Mati? Inilah Waktu Ideal Siram Pokok!

Cara Siram Pokok Di Waktu Pagi,Petang,Malam, Waktu Yang Mana Lebih Ideal? | Musim cuaca tak menentu ni, ramai sahabat laman mengalami masalah tiba-tiba tanam layu walupun telah disiram.

Bila terlebih siram kononnya nak bekalkan air yang mencukupi untuk tanaman ketika panas memuncak, ada pula masalah lain yang datang iaitu serangan kulat sebab medium terlalu basah.

Pening kepala diubuatnya. Sebenarnya, nak menyiram pun ada tekniknya. Bukan boleh sebarang siram je kalau tak bukan tanaman tak cukup air ada yang mati sebab terlebih air.

Jadi, yang memainkan peranan adalah pilihan waktu yang tepat untuk siram pokok di halaman rumah anda. Kebiasaanya, waktu ideal untuk menyiram tanaman adalah di awal pagi sebelum pukul 10am.

Jadi, air yang dibekalkan dapat diserap sepenuhnya oleh tanaman sebelum menjelang tengah hari. Jadi, air dalam badan tanaman telah cukup sepenuhnya sebelum terima kepanasan yang memuncak.

Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dalam menyiram pokok. Antaranya:

Memilih waktu siram pokok yang tepat

Seperti yang dinyatakan di atas, siraman paling ideal dilakukan sebelum pukul 10 pagi. Sirkulasi atau kitaran hidup tanaman paling aktif pada awal pagi. Jadi, air yang dibekalkan dan di gunakan sepenuhnya untuk kitaran fotosintesis menghasilkan makanan mengikut keperluan tanaman.

Jika tanaman disiram ketika waktu matahari telah terik memuncak. Ia dikhuatiri dapat membakar tanaman. Ia akan menyebabkan kerosakkan pada tisu dan sel tanaman jika kita siram pokok ketika cuaca sudah panas terik.

Tidak sempat siram pokok di pagi hari

Jika anda tidak berkesempatan melakukan siraman di pagi hari di sebabkan segudang hal yang lain perlu di selesaikan terlebih dahulu atau bekerja, lakukan siraman lewat petang. Lewat pun tak ada lah lewat sangat, siram pokok pada waktu petang perlu dilakukan selepas pukul 4 sebelum tibanya 6 petang.

Jika siraman dilakukan selepas 6, khuatir air yang disiram akan bertakung di dalam medium dan celah tanaman. Hal ini lebih bahaya kerana bahagian yang menakung air akan menjadi habitat serangga atau bakteria perosak tanaman. Namun, penyiraman di waktu petang tidak digalakkan untuk dilakukan setiap hari.

siram pokok

Jangan siram di malam hari

Proses tanaman akan terhenti di malam hari. Ini bermakna sebarang air yang disiram tidak dapat diserap dan diproses oleh tanaman. Lebih mudah difahami, pokok tidur di malam hari.

Ini akan menyebabkan tanaman tidak dapat nutrisi yang diperlukan sepenuhnya untuk tumbesaran. Disamping itu juga, air yang disiram tidak kering dan terperangkap pada bahagian tanaman tertentu akan mengundang potensi ancaman perosak dan penyakit.

Menyiram di malam hari hanya boleh dilakukan jika keadaan amat terdesak dan penyiraman dilakukan pada kadar kuantiti air yang sangat minima. Cukup sekadar membasahi medium tanaman dan siraman terus dilakukan pada permukaan medium.

siram pokok

Jika anda suka dengan artikel waktu sesuai untuk siram pokok ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one + 10 =