Wajib Kenal Jenis Jaket Keselamatan Sebelum Pakai, Bukan Semua Sesuai Untuk Aktiviti Laut

Wajib Kenal Jenis Jaket Keselamatan Sebelum Pakai, Bukan Semua Sesuai Untuk Aktiviti Laut | Ramai terfikir, insya Allah kita akan selamat kalau memakai jaket keselamatan ketika berada di tengah laut.

Seandainya berlaku sesuatu seperti ribut dan ombak besar yang mengakibatkan bot dinaiki karam, sekurang-kurangnya kita masih akan terapung jika memakai jaket keselamatan.

Ya,itulah yang kita fikirkan. Dan seandainya terjadi kejadian lemas, perkara pertama kita fikirkan, nie mesti mangsa tak pakai jaket keselamatan.

Untuk pengetahuan semua, bukan semua jaket keselamatan yang selalu kita disuruh pakai dan disediakan oleh pengendali bot sesuai untuk aktiviti di laut. Malah ada jaket keselamatan dikhususkan untuk tasik yang tidak berombak.

BACA JUGA: Bagaimana Malaysia Tersepit Diantara Pertembungan China Dan USA Di Laut China Selatan Ketika Ini

Ada juga jaket keselamatan yang tak mampu pun bertahan lama di laut kalau kita lambat dijumpai sekaligus mengakibatkan kita boleh kehilangan nyawa walau kita memakai jaket keselamatan.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkongsi jenis jaket keselamatan yang harus kita tahu dan sila belajar dan hadam betul-betul. Ini kerana setiap jenis jaket keselamatan direka mengikut keadaan situasi.

Pendek kata ada sesuai, ada tak sesuai dipakai untuk aktiviti laut dan sebagainya. Jangan main pakai apa diberi oleh pengusaha bot, sekurangnya kita kena tahu dan ada ilmu juga. Lebih senang kalau jadi apa-apa walau kita tak meminta ia berlaku.

Nah, korang kenal baik-baik jenis jaket keselamatan dan kenali fungsinya seperti di kongsikan oleh APM ini.

jenis jaket keselamatan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − seventeen =