Jika Mahu Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki, Begini Caranya!

Jika Mahu Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki, Begini Caranya! | Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang.

Selain tersumbat, sinki juga menjadi tempat pembiakan bakteria. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.

Jom cuba petua ni untuk hilangkan kerak kotoran degil. Paling senang nak buat.

BAHAN-BAHAN:

  • Lemon
  • Garam

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.

1. Potong lemon seperti biasa.

2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.

3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak. Kotoran Degil

BACA JUGA: 5 Bahan Ini Antara Punca Sinki Tersumbat Yang Ramai Tak Sangka!

4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.

5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.

6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.

Selamat mencuba!

BACA JUGA:Bab Mengemas Rumah, Anak Akan Ikut Rutin Harian Kita. Ibu Bapa Jangan Malas!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 2 =