Home All Petua Tanaman Nak Mudah Tanam Pokok Daun Sup Supaya Cepat Besar? Boleh Buat Trik...

Nak Mudah Tanam Pokok Daun Sup Supaya Cepat Besar? Boleh Buat Trik Ni!

17939
1
Nak Mudah Tanam Pokok Daun Sup Supaya Cepat Besar?

Yang selalu menyediakan menu bersup atau memang suka gunakan daun sup dalam menu makanan atau perubatan mesti lebih suka kalau dapat tanam pokok daun sup ni di rumah kan? Oleh itu, bagi yang ingin cuba trik ini, hadam sebaiknya perkongsian ini.

MUDAHNYA MENANAM POKOK DAUN SUP

Di sini saya kongsikan dengan tuan/puan bagaimana menanam daun sup. 2 minggu yang lalu saya cuba menanam 2 keratan/umbi isi beserta sedikit daun dari pokok daun sup dengan menggunakan baja lebihan hidroponik.

Baja yang telah digunapakai dalam sistem tanaman tidak di buang tetapi kita boleh guna semula/recyle untuk tanaman lain. Saya juga gunakannya untuk pokok rose jepun gantung (nanti saya kongsikan kemudian ye)

Pertama mula pastikan pokok daun sup yang dibeli daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun.

Semai dalam cocopeat(sabut kelapa), pastikan basahkan (1000 ppm baja ab) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini adalah kerana batang daun sup sensitif air akan membusuk bila terendam air.

BACA JUGA :: Daun Ketumbar Vs Daun Sup : Rupa Sama Tapi ada 5 Perbezaan dan Khasiat Cukup Berbeza

Pokok Daun Sup

Letak ditempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya terlalu banyak kerana ianya boleh menyebabkan media tanaman kering dan seterusnya pokok akan mati.

Pokok Daun Sup

1 dari pokok semaian diatas gagal untuk hidup sebab masalah diatas dan alhamdulillah 1 lagi masih kekal bertahan hingga ke hari ini. Mudah-mudahan ianya membesar dengan baik dan boleh dibiakan lagi selepas ini… In sha Allah.

sumber : Abdul Sapawi Abdullah

BACA JUGA :: Ajaib! Pokok Kering Kembali Segar, Ini Rahsia Disebaliknya…

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here