Resipi Lasagna Mudah Guna Biskut Cracker Je Tapi Tetap Sedap

Resipi Lasagna Mudah Guna Biskut Cracker Je Tapi Tetap Sedap | Biasalah rutin mak-mak waktu cuti ni asyik ke dapur je kerjanya. Sekejap-sekejap anak minta makan kan?

Sesekali tu kalau nak cuba menu baru, bolehlah cuba buat resipi lasagna simple yang dibuat dengan biskut cracker ni. Ada juga yang panggil resepi ni murtabak daging.

Tak kisahlah apa pun namanya, yang penting rasanya sedap sangat! Cara nak buat pun mudah. Jom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Puan Farhanim Salleh di bawah.

RESIPI LASAGNA BISKUT CRACKER

BAHAN-BAHAN

Untuk perap inti:

  • 1 tiub daging cincang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu serbuk kari
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)

resipi lasagna

BACA JUGA :: Resepi Puding 3 Layer Guna Biskut, Nampak Macam Kuih Lapis, Rupanya Puding. Menarik!

Untuk dilapis

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 pek biskut cracker
  • 10 biji telur
  • Sedikit daun bawang / daun sup
  • Hirisan cili
  • Parutan keju

CARA-CARA

1. Mula-mula satukan semua bahan inti (kecuali bawang holland) dalam sebuah bekas. Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.

2. Seterusnya kita akan masak inti daging yang diperap tadi. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. Potong dadu bawang Holland tadi dan masukkan inti. Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.

resipi lasagna

3. Ok bila intinya dah siap, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut tu. Caranya, satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.

Sementara tu boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang. Saya guna loyang 8 inci. Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.

4. Kemudian inti yang dah siap masak tadi kita tambahkan hirisan cili dan daun bawang / daun sup. Nak lagi lemak bubuhkan sikit cheese. Kalau tak, bubuh dekat topping saja pun boleh. Kemudian tuangkan telur yang dah dikocok hingga rata. Settle 1 layer.

Resepi Lasagna

5. Ulang semula langkah 3 & 4 hingga dapat 5 layer.

6. Akhir sekali, bakar dalam oven. Suhu 170 selama 40 minit atau ikut oven masing-masing. Untuk bahagian paling atas boleh bubuh topping ikut kreativiti masing-masing bila siap dibakar nanti.

Resepi Lasagna

SIAP! Beginilah hasilnya bila dah siap. Wah, baunya memang wangi satu rumah.

Resepi Lasagna

Resepi Lasagna

Mudah kan? Nanti kalau ada banyak biskut cracker dah boring nak makan boleh sangatlah buat resipi lasagna ni.

Simple tapi sedap!

*Resipi lasagna biskut cracker ini disumbangkan oleh Puan Farhanim Salleh menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 4 =