Sukar Makan Ikan Terubuk Kerana Duri & Tulangnya, Dua Petua Ini Bantu Makan Lebih Selesa!

Ikan terubuk memang sedap dan enak dimakan panas-panas bersama nasi putih. Apa lagi jika dibuat ikan bakar yang dicicahkan bersama air asam, tentu makan nasi bertambah-tambah.

Namun yang menjadikan kita malas dan berfikir dua tiga kali untuk makan ikan terubuk adalah kerana tulangnya yang mengganggu kelancaran proses makan. Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.

Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

ikan terubuk

Tarik Arah Bertentangan

Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak.

BACA: Teknik Buang Tulang Ikan, Mudah Untuk Anak Makan

Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.

ikan terubuk

Kelar Rapat Ikan Terubuk

Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan ini dan kemudian kelar ikan rapat-rapat.

Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.

Selamat mencuba.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three − two =