Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya. Tiada Oven, Tak Jadi Masalah, Ikut Cara Ni!

Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya. Tiada Oven, Tak Jadi Masalah, Ikut Cara Ni! | Bila bermula puasa, dan dekat nak raya ni orang perempuan memang bersemangat nak buat kuih raya. Resipi pun dah banyak yang disimpan malah dah ada pun yang mula buat biskut raya.

Tak jadi hal bagi mereka yang dah ada oven di rumah, namun bagi yang tiada sedikit sebanyak akan membantutkan semangat.

Tapi orang perempuan ni kreatif, ada saja yang ideanya. Kalau tiada oven, biskut raya boleh saja dibakar biskut atas dapur gas. Malah kejadian biskutnya elok saja.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Cara ini dikongsi oleh Suhaila Sue. So untuk korang yang tiada oven boleh ikut cara ini untuk buat kuih sendiri.

BACA: Cara Untuk Simpan Biskut Raya Agar Tahan Lama Dan Tak Lemau

Bakar dalam kuali

Pertama kali mencuba, menjadi juga semperit saya. Bakar dalam kuali atas dapur gas. Cara-caranya:

1. Letak kuali atas dapur gas.

2. Buka api separuh kemudian tutup kuali guna penutup untuk dipanaskan. Biar dalam 10 minit.

biskut raya

3. Apabila kuali sudah panas letak loyang berisi kuih di dalamnya. Tak perlu lapik.

4. Pastikan tutup kuali dan bakar selama 25 minit menggunakan api perlahan sama macam bakar biskut menggunakan ketuhar.

Elok hasilnya biskut raya

biskut raya

biskut rayaMenurut Suhaila, cara ini bukan saja digunakan untuk membakar biskut tapi juga kek dan roti.

Resipi biskut semperit susu

Resipi biskut semperit susu yang digunakan Suhaila pula adalah seperti berikut:

1/2 cawan planta
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung
4 sudu besar tepung kastad.
Gaul semua sebati.Bentukkan dan bakar 25 minit atau dapur gas.

Sumber: Suhaila Sue

[/expander_maker]

You might also like
2 Comments
  1. […] Baca: Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya, Tiada Oven Tak Jadi Masalah! […]

  2. […] BACA: Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya. Tiada Oven, Tak Jadi Masalah, Ikut Cara Ni! […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.