Sakit Mata Berjangkit Melalui Pandangan Mata? Ini Penerangan Dari Doktor!

Bila ada sesiapa yang sakit mata mesti kita akan elakkan dari bertentangan mata dengan orang tu kan sebab takut sakit mata tu berjangkit dengan kita pulak. Tapi, sejauh manakah kebenaran dengan merenung atau terpandang mata orang yang sakit itu, kita juga boleh dijangkiti?

Pada kebiasaannya, pesakit yang mengalami sakit ini akan di diagnos penyakit konjunktivitis. Ia adalah radang yang terjadi pada selaput konjunktiva dimana terletak dibahagian belakang kelopak mata, berpunca daripada jangkitan bakteria serta virus.

Selain itu juga, konjunktivitis boleh disebabkan oleh alahan atau kecederaan yang disebabkan tumpahan bahan kimia pada bahagian mata tersebut.

Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis biasanya ialah:

  • mata pedih
  • mata gatal
  • mata merah
  • akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
  • kelopak mata melekat

Persoalannya, betul ke sakit mata berjangkit hanya melalui pandangan je?

Jangkitan konjuktivitis ni berlaku melalui sentuhan secara langsung kepada cairan yang mata pesakit keluarkan. Contohnya kalau kita kongsi tuala ke, atau kongsi barang peribadi yang boleh menyebabkan kuman tersebut berjangkit.

Kalau virus pula, ia disebabkan oleh titisan air dalam udara. Orang yang sakit mata tu bersin atau batuk, pastu kuman tu boleh masuk ke dalam udara dan pergi ke mata orang lain.

Ini ada keterangan daripada seorang doktor:

Sakit mata berjangkit dengan mudah melalui sentuhan. Sentuh mata yang sakit lepas tu sentuh fail . Orang lain sentuh fail itu dan sentuh mata. Dah jangkit. Anak sakit mata tidur di sofa ruang tamu. Dia bangun anak lain tidur situ pula. Dah jangkit.

Rata rata beranggapan bahawa sakit mata berjangkit melalui pandangan mata. Namun jelaslah bahawa anggapan ini hanyalah mitos semata-mata kerana sakit mata berjangkit melalui sentuhan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Jadi, sakit mata tak akan la berjangkit hanya melalui pandangan ye kerana kuman tak boleh nak sampai ke mata orang lain dengan cara merenungnya!

Bagi mereka yang baru nak kena sakit mata atau mencari cara mengelakkan terkena jangkitan pada mata boleh tengok video ni:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 1 =