Home Resipi Resipi Kek Strawberry Yogurt Kek Mahal Tapi Senang Buat, Guna Air Fryer...

Resipi Kek Strawberry Yogurt Kek Mahal Tapi Senang Buat, Guna Air Fryer Je

1342
1
Resipi Kek Strawberry Yogurt Kek Mahal Tapi Senang Buat, Guna Air Fryer Je

Resipi Kek Strawberry Yogurt Kek Mahal Tapi Senang Buat, Guna Air Fryer Je | Teringin nak makan kek? Apa kata cuba buat sendiri resipi ni. Lagi puas buat kek homemade, boleh alter nak rasa manis ke nak kurang manis.

Resepi ni boleh jadi pemanis mulut untuk anak-anak berbuka puasa nanti. Tak ada pembakar tak apa, sebab resepi ni hanya guna Air Fryer.

Jom kita tengok, resipi Kek Strawberry Yogurt yang dikongsi Nadiah Sohaimi.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kek Strawberry Yogurt dengan menggunakan AF Khind #ARF3000. Terima kasih pd yg share resipi utk yg susah cari whipping cream. Alhamdulillah first attempt menjadi.

BACA: Nak Masak Kek Yang Lebih Elok? Kena Kenal ‘Mood’ Ketuhar Dulu!

Resipi:

  • 250g Cream cheese tatura
  • Strawberry yoghurt saiz kecil
  • 1/2 cwn gula (kurangkan klau xnk manis)
  • 2 biji telur + 1 telur kuning
  • 1 penutup kecil vanilla
  • 2 sdb lemon juice
  • 2 sdb tepung (ayak dahulu)
  • 1 sdk lemon zest (parutan kulit lemon)
  • Garam sedikit utk naikkan lagi rasa

Cara:

  1. Saya gunakan mixer tapi kalau blender pun boleh.Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati
  2. Masukkan yoghurt, pukul adunan kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan kembang.
  3. Masukkan vanilla, jus lemon dan garam.
  4. Akhir sekali tepung dan lemon zest. Saya guna spatula untuk gaulkan tepung sebab xnak terlebih pukul adunan dan tepung.
  5. Untuk adunan kek yang lagi halus. Saya tapis dulu adunan ke dalam loyang size 6 inchi yg telah dilapik dgn baking paper (salut dengan butter jugak untuk extra safety xnak bg melekat)
  6. Preheat AF 180° 5 minit
  7. Bakar 160° 20 minit
  8. Tambah 180° 10 minit
  9. Lepas masak, cucuk kek dgn lidi di bahagian tengah, kalau lidi bersih kek dah masak sempurna. Saya tambah 170° selama 2 minit sebab lidi ade melekat sikit.
  10. Hiasan saya tabur icing sugar

*Lepas siap biarkan kek dlm AF dgn bakul sedikit terbuka supaya kek xterkejut dgn suhu di luar. Lpas dah sejuk bolehla sejukkan dalam peti sejuk. Alhamdulillah bila guna yoghurt strawberry dia tmbah rasa dan bau yg wangi. Selamat mencuba resipi Kek Strawberry Yogurt ❤️

Kek Strawberry Yogurt

Sumber: Nadiah Sohaimi

Baca Selanjutnya

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here