Guna Selimut Adalah Teknik Salah Kalau Anda Nak Badan Berpeluh & Demam Jadi Kebah

Guna Selimut Adalah Teknik Salah Kalau Anda Nak Badan Berpeluh & Demam Jadi Kebah | Dalam tempoh sekarang ini kondisi kesihatan peribadi merupakan perkara yang sangat sensitif.

Apatah lagi jika kita mengalami demam dan suhu badan meningkat. Tapi anda tidak perlu risau jika hanya demam biasa dan tidak mempunyai simptom COVID-19. Atau anda tidak ada kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif wabak tersebut.

Cuma sentiasalah memakai topeng atau penutup mulut jika ingin dapatkan rawatan. Dan anda hendaklah sentiasa jujur memberikan maklumat yang diperlukan ketika pergi mendapatkan rawatan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Cara Ubati Anak Kecil Yang Demam Dengan Menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran

Demam merupakan sakit biasa yang kita alami. Bila perkara ini berlaku suhu badan akan meningkat.

Sesetengah orang percaya menggunakan selimut dan memaksa badan berpeluh adalah satu cara untuk menurunkan suhu badan yang tinggi.

Namun tahukah anda cara gunakan selimut tersebut adalah salah dan ada cara yang lebih mudah?

selimut

Apabila anda berdepan dengan jangkitan virus atau bakteria, sel pertahanan badan akan menghasilkan beberapa jenis bahan yang sekaligus menyebabkan suhu badan akan meningkat.

Jadi secara tidak langsung jika anda menyelimutkan badan, anda hanya akan membuatkan suhu badan lebih meningkat sahaja.

BACA: Resipi Air Rebusan Bawang Putih Iktiar Anak Demam, Orang Dewasapun Berkesan!

Jauh sekali untuk menurunkan suhu badan. Disebabkan itu jugalah kalau anda perasan apabila kanak-kanak demam doktor akan suruh buda bukak baju mereka jika alami demam yang bersuhu badan tinggi.

Sebenarnya benda yang boleh menurunkan suhu badan anda adalah ubat paracetamol yang anda ambil. Tanpa menggunakan selimut jika anda ambil ubat ini, beberapa minit lepas itu, sudah tentu anda akan berpeluh dengan sendirinya dan suhu badan akan turun.

Usahlah guna cara sendiri yang dirasakan betul tanpa merujuk kepada doktor. Kesihatan diri amat oenting dan usah guna kaedah yang tidak terbukti keberkesanannya. Kelak nanti anda juga yang menyesal.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × two =