Home All Petua Dapur Resipi Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

Resipi Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

55229
1
Resipi Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ kegemaran ramai. Biasanya nak buat inti yang sedap mudah, tapi nak buat kulitnya tu ramai mak-mak yang ‘failed’. Biasanya kalau tak kena cara kulitnya jadi liat dan keras.

Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti kentang yang sempurna rasanya.Mak-mak boleh cuba resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh penjual karipap ini sendiri, Puan Eyda Fyda.

Berikut perkongsiannya;

“Memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post saya sebelum ni,saya dengan berbesar hati nak kongsi dengan kawan-kawan semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Aamin.

“Saya izinkan share dan selamat mencuba. Ingat, jangan share je tau, pastikan cuba buat,mana tau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan macam saya.”

Bahan-Bahan:

(Kulit Karipap Rangup) :

  • 1kg Tepung Gandum
  • 1mangkuk/cawan kecil minyak masak
  • 2 sudu majerin
  • Air bancuhan garam

Cara Membuat:

1.Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.

2.Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.

3.Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.

4.Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye).

5.Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.

6.Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar.

7.Doh yang telah siap diuli.

8.Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.

9.Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu.

Bahan-Bahan (Inti) :

  • Kentang didadu
  • Serbuk kari daging (saya suka guna rempah kari daging cap BABAS macam dalam gambar)
  • Cili kering dikisar bersama bawang besar,bawang putih dan udang kering
  • Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
  • Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (Terpulang samada nak guna ataupun tidak).

BACA JUGA :: Ini Sebabnya Bahaya Makan Kentang Yang Dah Keluar Tunas. Ibu-Ibu Wajib Baca Ni!

Cara Membuat:

1.Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar.

2.Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau.

3.Masukkan air rebusan daging… kacau rata.

4. Masukkan kentang yang telah didadu.

5.Masukkan daging cincang yang telah direbus.

6.Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

7.Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau ye.

8.Inti yang telah siap.

9.Tadaaa siap karipap kita.

Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.

Semoga Bermanfaat!

Jadi buat mak-mak yang nak sediakan hidangan minum petang buat anak-anak dan keluarga tu, bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan ini.Sedapnya makan karipap panas-panas!

Sumber:Eyda Fyda

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here