Resipi Bebola Keledek Cheese Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Meleleh Bila Kunyah!

Resipi Bebola Keledek Cheese Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Meleleh Bila Kunyah! | Sebut sahaja keju, pasti korang terbayang-bayang rasanya yang lemak dan cair di mulut. Tambahan pula, trend makanan pada masa kini semuanya menggunakan keju sebagai bahan utama untuk menambat hati penggemarnya.

Di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), seorang wanita berkongsi resepi bebola keledek keju yang sedap dan pasti membuat korang terliur.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bebola Keledek Cheese

Bebola Keledek Cheese

BACA JUGA: 8 Khasiat Lain Bila Makan Keledek Ungu Selain Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus!

  • Keledek 350gm (direbus@kukus & dilenyek siap)
  • 11/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
  • Air (ikut citarasa masing)
  • Serbuk roti
  • Bancuhan tepung gandum+air (untuk lekat pada serbuk roti)
  • Minyak untuk digoreng.

Tips : Sapukan minyak pada tapak tangan untuk dapatkan gulungan bebola cantik dan tidak mlekat pada tangan.

Cara-cara nak buat bebola keledek cheese

Bebola Keledek Cheese

Pertama sekali, sapukan minyak di tangan dan ambil keledek yang telah dilenyek untuk dibuat menjadi bebola. Sebelum membuat adunan keledek tersebut berbentuk bebola, korang perlu meletakkan cheese terlebih dahulu.

Setelah selesai, korang boleh celup bebola tersebut dengan bancuhan tepung dan lekatkan ia bersama serbuk roti. Akhir sekali, korang boleh goreng bebola tersebut sehingga keemasan.

Selamat mencuba resipi Bebola Keledek Cheese!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

13 − thirteen =