8 Khasiat Lain Bila Makan Keledek Ungu Selain Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus!

8 Khasiat Lain Bila Makan Keledek Ungu Selain Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus | Amalan memakan keledek (keladi) ungu dipercayai dapat menurunkan risiko menghidap barah kolon sehingga enam kali ganda.

Penyelidikan yang dijalankan Universiti Pennsylvania State, Amerika Syarikat itu mendapati, keledek ungu dapat menyekat penyebaran sel stem kanser dalam usus besar.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Biochemistry itu dijalankan ke atas babi yang mempunyai sistem penghadaman hampir sama seperti manusiakeledek ungu, cara kurangkan risiko kanser usus, kanser usus, kanser colon, bahaya kanser usus, petua kurangkan risiko kanser usus

Salah seorang penyelidik, Prof. Jairam Vanamala berkata, babi yang diberi makan keledek ungu didapati mempunyai protein pemusnah dikenali sebagai interleukin-6 (IL-6), enam kali ganda lebih rendah daripada kumpulan yang diberi diet normal. Sebagai rekod, IL-6 boleh mencetuskan tumor dan penyakit radang usus yang lain.

“Kami dapati kentang putih mempunyai sebatian kimia yang berguna tetapi keledek ungu yang kaya beta karotena mempunyai konsentrasi sebatian antiradang dan antioksidan yang lebih tinggi.

“Menerusi penemuan ini, kami menjadikan keledek ungu sebagai model untuk mengkaji manfaat kentang lain kepada kesihatan pada masa depan,” katanya.

8 Khasiat Ubi Keledek Ungu

  1. Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan ‘homocysteine’ kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.
  2. Sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel dar4h. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang ‘stress’. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.
  3. Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.
  4. Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel dar4h merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.
  5. Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, dar4h, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.
  6. Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.
  7. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran dar4h dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.
  8. Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan.

Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.

Jadi tunggu apa lagi? Jom cari keledek ungu mudah je nak disediakan rebus sampai lembut. Kalau rajin buatlah kuih dari keledek ungu ni.

BACA JUGA: Detox Kempis Perut, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Air Detox Guna Green Tea Cap Boh

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 5 =