Serangan Teruk Migrain, Ini Ubat Yang Korang Boleh Ambil Tapi Pastikan Dos Yang Betul Ya!

Serangan Teruk Migrain, Ini Ubat Yang Korang Boleh Ambil Tapi Pastikan Dos Yang Betul Ya! | Bagi individu yang sering mengalami sakit kepala atau pun migrain, pasti mereka tahu betapa seksanya menahan sakit yang berpanjangan sehingga berhari-hari.

Menurut portal myhealth.gov.my, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus yang disebabkan oleh makanan, persekitaran, psikologi, ubat-ubatan dan lain-lain.

Kalau dah makan paracetamol dan ponstan pun tak berkesan, jadi ubat apa yang sesuai bagi pesakit migrain?

Portal The Diagnosa menjelaskan tentang ubat yang bernama Caffox dan katanya ubat ini dapat membantu mereka yang mengalami migrain.migrain

BACA JUGA: Petua Hilangkan Sakit Kepala Disebabkan Migrain Dengan 2 Bahan Di Rumah

Caffox adalah kombinasi dua jenis ubat iaitu kafein dan ergotamine. Kafein adalah perangsang yang menyebabkan penyempitan saluran darah, manakala Ergotamin terdiri dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai ergot alkaloid. Ia berfungsi dengan menyempitkan pembuluh darah di sekeliling otak. Ergotamin juga memberi kesan kepada corak aliran darah yang dikaitkan dengan jenis sakit kepala tertentu.

Fungsi ubat gabungan ini adalah untuk merawat atau mencegah jenis sakit kepala tertentu (sakit kepala vaskular termasuk migrain dan sakit kepala kelompok). Kesakitan sakit kepala kadang-kadang boleh disebabkan oleh pembuluh darah mengembang di kepala.

Kesan sampingan caffox

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan sekiranya korang mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan seperti kegatalan, kesukaran bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau tekak. Korang juga perlu berhenti menggunakan caffox dan hubungi doktor sekiranya korang mempunyai gejala berikut:

  • Denyutan lemah di tangan dan kaki
  • Kekebasan dan kesemutan atau sakit di tangan atau kaki
  • Jari kaki berwarna biru
  • Kelumpuhan secara tiba-tiba (terutamanya di tangan atau kaki)
  • Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba
  • Perubahan dalam ucapan
  • Masalah dalam penglihatan
  • Masalah keseimbangan
  • Jantung berdebar
  • Kelemahan kaki, sakit otot di tangan atau kaki
  • Sakit perut atau sakit belakang bahagian bawah yang teruk
  • Air kencing yang sedikit atau tidak ada
  • Batuk kering
  • Susah bernafas semasa bekerja
  • Tekanan darah tinggi (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, berdengung di telinga, keresahan, kekeliruan, sakit dada, sesak nafas, degupan jantung tidak sekata, sawan)

Cara pengambilan dan dos

Ubat ini biasanya diambil sebanyak 2 tablet pada tanda pertama sakit kepala, diikuti dengan 1 tablet setiap setengah jam sehingga sakit kepala terasa lega. Jangan ambil lebih daripada 6 tablet setiap serangan sakit kepala atau 10 tablet dalam tempoh 7 hari. Pengambilan ubat ini biasanya untuk rawatan jangka pendek (2 hingga 3 minggu).

Namun begitu, bagi individu yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk masalah jantung, doktor perlu melakukan pemeriksaan jantung sebelum mengambil ubat ini supaya ia selamat untuk kesihatan. Doktor juga boleh mengarahkan korang untuk mengambil dos pertama ubat ini di pejabat/klinik untuk memantau kesan sampingan yang serius seperti sakit dada.

Ubat ini biasanya diambil hanya seperti yang diperlukan. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan harian jangka panjang. Walaupun ia membantu ramai orang, ubat ini kadang-kadang boleh menyebabkan ketagihan.

Ambil langkah berjaga-jaga

Sekiranya korang menggunakan ubat untuk serangan migrain pada 10 atau lebih hari pada setiap bulan, ubat-ubatan ini sebenarnya boleh menyebabkan sakit kepala jadi lebih teruk. Jangan gunakan ubat lebih kerap atau lebih lama daripada yang diarahkan.

Beritahu doktor sekiranya korang perlu menggunakan ubat ini dengan lebih kerap atau jika ubat tidak berfungsi juga, atau sakit kepala menjadi lebih teruk. Ubat ini juga boleh membahayakan bayi yang belum lahir atau kecacatan kelahiran. Jangan ambil caffox sekiranya mengandung.

Korang yang mempunyai penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, masalah peredaran darah, penyakit hati atau buah pinggang juga perlu mengelak untuk mengambil caffox.

Sebelum ambil ubat ini, adalah lebih baik sekiranya korang berjumpa dan dapatkan nasihat daripada doktor dulu okay?

Sumber: thediagnosa.com

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 4 =