Home Resipi Resipi Apam Kampung Gula Merah, Tak Banyak Bahan Tapi Sedap!

Resipi Apam Kampung Gula Merah, Tak Banyak Bahan Tapi Sedap!

1125
0
Resipi Apam Kampung Gula Merah, Tak Banyak Bahan Tapi Sedap!

Resipi Apam Kampung Gula Merah, Tak Banyak Bahan Tapi Sedap! | Bila makan Apam Kampung Gula Merah, teringat memori kecil-kecil dulu mak dan nenek kita selalu buat dulu. Mudah rupanya nak buat kuih apam ni, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak tapi tetap sedap.

Boleh cuba resipi Apam Kampung Gula Merah yang dikongsikan oleh Puan Cahaya Suria ni

“APAM KAMPUNG GULA MERAH.SANGAT MUDAH, TAK BANYAK BAHAN TAPI SEDAP”

Bahan-Bahannya:

  • 3 cawan tepung gandum (Diayak)
  • 1/2 peket yis mauripan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air

Cara Membuat:

1.Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
2.Tapis air gula suam ke dalam bekas. Lagi baik jika bekas yang bertutup.
3.Masukkn yis tunggu sehingga kembang kemudian masukkn tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis.Jika adunan agak pekat boleh tambahkan 1/2 cawan air lagi.

apam kampung gula merah4.Kacau rata, tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2 kali ganda.
5.Kacau lagi untuk buang angin dan masukkan ke dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak.
6.Isikan separuh bahagian dan tunggu sehingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8 minit.

apam kampung gula merah

Info Ekstra:

Jika kukus dalam loyang kena kukus lama sikit dalam 1/2 jam.
Sejukkan. Sediakan kelapa parut putih.

apam kampung gula merah

Sedia dihidang. Selamat Mencuba!

BACA JUGA :: Mesti Cuba Resipi Apam Kampung Bersarang Ikut Sukatan Cawan Ni, Sangat Mudah

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here