Nak Elak Suami Dari Lupa Bayar Nafkah? Isteri Boleh Cuba Tip Mudah Ni!

Nak Elak Suami Dari Lupa Bayar Nafkah? Isteri Boleh Cuba Tip Mudah Ni! | Nafkah yang dimaksudkan ialah seorang suami mesti menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan hidup kepada isteri.

Namun begitu, seorang isteri perlu sedar bahawa hak nafkah akan hilang sekiranya mereka nusyuz terhadap suami iaitu tidak taat kepada suami seperti meninggalkan rumah suami dan enggan berpindah mengikut suami.

Cara Mudah ingatkan suami jangan lupa bayar nafkah :

Kalau dah masalah sgt bab2 nafkah ni…bayar nafkah

Maka ambik 1 buku, catat segala perbelanjaan yg anda sebagai isteri keluarkan untuk keluarga anda…

  • Barang Dapur
  • Bil Utiliti
  • Yuran Anak Sekolah
  • Duit Minyak Kereta
  • Duit Makan

Segala apa yg sepatutnya ditanggung suami, tapi awak yg menanggungnya asbab ada pendapatan bulanan daripada pekerjaan atau perniagaan, maka tulis ja setiap bulan…

BACA JUGA :: Jangan Berkira Dengan Isteri, Dia Tiada Orang Lain Selain Suaminya Jer

Untuk apa, berapa jumlahnya…klu guna total 500, dia bagi 200, maka hutang 300…

Nampak macam berkira kan? Nope…kaalu dia tahu tanggungjawab dia, kalau dia tahu kewajipan dia, maka dia tak kan mengambil kesempatan diatas kemampuan isteri, pendapatan isteri dan kewangan isteri…

Klu suami tu jenis yang boleh bertolak ansur, jenis yang tak berkira dan tetap hulur kat isteri walaupun isteri ada duit sendiri, maka xpayah buat mcm ni…tapi klu dia berkira, dia tak nak bayar nafkah dan keluarkan duit dia untuk apa yg sepatutnya dia tanggung asbab isteri tu ada pendapatan, maka SILA CATATKAN semua jenis dan bentuk perbelanjaan yg awk keluarkan dgn DUIT SENDIRI…

Ini semua dikira “HUTANG NAFKAH”…hutang ni boleh dituntut semasa bersama dgn suami ataupun selepas berpisah dgn suami dgn mengemukakan semua rekod2 yg awak dah catatkan sepanjang awak hidup dgn dia…

Klu dia tak nak bayar nafkah atau langsaikan hutang ni didunia, maka dia kena bayar dan langsaikan hutang ni diakhirat…masa tu, buku catatan dari Malaikat dikiri dan kanan suami yg akan dibuka utk tatapan Allah s.w.t sebelum hukuman dijatuhkan…✌️

Kredit: Firdaus Shakirin

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − seven =