Jangan Berkira Dengan Isteri, Dia Tiada Orang Lain Selain Suaminya Jer

Jangan Berkira Dengan Isteri, Dia Tiada Orang Lain Selain Suaminya Jer | Tanyalah mana-mana isteri, dalam mengurus rumah tak ada yang gembira. Lebih-lebih lagi, bila suami berkira dan kedekut dengan isteri sendiri. Kadang-kadang tambah rasa stres bila banyak kerja rumah yang harus dipikul.

Sementelah kalau isteri bekerja. Tanggungjawab dalam mengurus rumah dan kerja untuk membantu keluarga sangat banyak.

Sudahlah suami kedekut berkira dengan isteri, malah bila urusan rumah pula langsung tidak dipedulikan dan dibantu oleh pasangan. Semuanya diuruskan oleh isteri. Suami hanya goyang kaki dan tahu semua kerja rumah dah settle.

Kalau tak diurus stres ini, boleh jadi isteri jadi ‘gila’. Hidup bersama tapi yang buat semua kerja isteri sahaja. Mungkin ada suami yang begini sifatnya.

Namun tidak dinafikan, tidak semua suami yang ambil ringan tentang tanggungjawabnya. Mungkin sebahagian sahaja. Jadi, beruntunglah isteri bila suami turut membantu dalam urusan kerja rumah.

Begitulah juga ulasan dan perkongsian daripada Hayat Muhamad dari kaca mata seorang lelaki dan suami ada betulnya.

berkira dengan isteri

BACA JUGA : Eh Bro, Apa Salahnya Isteri yang Control Duit Suami?

Ramai Wanita Stres Kerana Suami Berkira Dengan Isteri

Ada banyak sebab ramai wanita stres.

Pertama, dalam diam-diam, ramai isteri yang tidak diberi nafkah walau satu sen. Maksudnya satu ringgit pun suami tak bagi. Jadi semua belanja dapur atau anak- anak isteri yang tanggung. Suami gaji dia solid dapat pada dia. Gaji isteri untuk tanggung semua.

Kedua. Tanggungjawab isteri terlalu banyak. Isteri urus anak- anak, makan pakai, sekolah, tuisyen, semua isteri urus. Suami goyang kaki saja. Balik nak makan tersedia. Isteri setiap hari kerja banyak. Stress. Masak, pakaian, semua atas dia.

Ketiga. Duit tak cukup. Ramai orang mengalami masalah ni. Sudahlah anak- anak dia urus, duit dapur pun dia yang keluarkan. Suami pulak kedekut. Kadang- kadang terpaksa bungkus kerepek untuk tampung kehidupan. Bisnes 3-4 perkara. Orang nampak saja mewah. Tapi hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu.

Boleh Diselesaikan Masalah Suami Berkira Dengan Isteri

3 perkara ni boleh selesai kalau:

1. Suami allocate bujet yang sesuai dengan kemampuan dia. Contohnya belanja dapur RM300. Suami yang keluarkan. Kos anak- nak tusyen, Suami yang bayar. Suami kena timbang rasa sikit. Kalau duit isteri habis, confirm bini tak lawa. Mekap tak ada.

2. Kalau mampu, cari pembantu rumah. Ringankan beban isteri. Dia bukan hamba kita. Dia kan isteri kita. Atau ambik tugas dia separuh. Basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah. Kau tengok tapak tangan isteri kau, dah jadi kasar. Kesian.

3. Kau kena bantu ekonomi isteri kau jangan berkira dengan isteri. Kawan-kawan satu meja kau belanja. Bini kau kat rumah tengah bungkus kerepek. Bayangkan. Kau beri lebih sedikit pada isteri. Bagi dia kelegaan sikit. Dia pun bukan ada orang lain dah. Ada kau saja. Jangan kedekut kat bini. Makin banyak kau bagi kat isteri, Insya Allah lagi banyak income masuk.

Sumber: Hayat Muhamad

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + twenty =