Eh Bro, Apa Salahnya Isteri yang Control Duit Suami?

Jika sejak berkahwin baki duit gaji kita hanya mampu bertahan 2 -3 minggu sahaja maka sudah tiba masanya melantik isteri kita sebagai Gabenor Bank Keluarga. Kita sebagai suami jadi Ketua Keluarga sahaja. Bukannya nak longgokkan amanah dan tanggungjawab kepada isteri tetapi ini demi kebaikan bersama.

Jangan Risau, Ini Perkara Biasa Buat Pengantin Baru

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama TV saja bila kahwin terus ada rumah fully furnished, kereta BMW.

Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Kena terima hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit bukan bermaksud queen control!

Ini masa depan rumah tangga anda, pedulikan kata orang.

Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri kan?

Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.isteri menteri kewangan, isteri jaga kewangan, isteri uruskan duit suami, isteri uruskan kewangan suami

Antara aktiviti yang boleh dilakukan :

1. Senaraikan Pendapatan

  1. Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
  2. Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).

2. Tentukan Kategori Perbelanjaan

  1. Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
  2. Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.

BACA JUGA: Abang Ada Tak Duit Seringgit? Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang

3. Buat Anggaran Perbelanjaan Sebulan

  1. Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
  2. Bezakan antara keperluan dan kehendak.
  3. Utamakan keperluan terlebih dahulu.
  4. Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak. Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.

4. Merekodkan Perbelanjaan

  1. Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
  2. Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
  3. Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
  4. Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
    .

5. Post Mortem, Menilai Semula, Baiki Bajet

  1. Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
  2. Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
  3. Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
  4. Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
  5. Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.

Kalau suami bijak merancang kewangan, ajar dan bimbing isteri supaya sama-sama bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan asyik nak marah pasangan kalau dia tak pandai merancang kewangan. Hidup suami isteri harus saling melengkapi.

Merancang kewangan bersama barulah sweet.

Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.

Share & Tag Isteri Kesayangan (atau Bakal Isteri) Anda

Kredit: Majalah Labur

BACA JUGA: Tip Cukupkan Duit Belanja Keluarga Setiap Bulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment