Buat Sendiri Sos Char Kuetiau, Mudah Je Bila Dah Ada Sosnya Boleh Masak Bila-bila.

Buat Sendiri Sos Char Kuetiau, Mudah Je Bila Dah Ada Sosnya Boleh Masak Bila-bila. | Bila rasa nak makan char kuetiau mesti kita akan pergi kedai. Biasanya nak buat sendiri selalu tak menjadi kerana tiada sosnya.

Tapi lepas ini boleh masak terus kat dapur sendiri sebab Fatin Nur Izzah berkongsi cara nak hasilkan homemade sos char kue tiau.

Syarat nak masak char kue tiau ini, kena masak sepinggan-sepinggan. Barulah sedap. Bila dah ada sos ni bila-bila masa nak makan boleh buat!

Kalau nak cuba boleh guna resipi sos ini yang dikongsi oleh beliau.

Homemade sos char kuetiau

1. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali (resipi ini guna sekilo). Kuantiti air mesti sama paras dengan udang.

sos char kuetiau2. Bila dah sejuk air rebusan udang, kisar sampai hancur.sos char kuetiau

3. Tapis dalam periuk, hampas dan udang boleh dibuang (ada yang guna untuk baja tanaman).

4. Campur air udang yang sudah ditapis tadi dengan:

  • 2 senduk kicap manis
  • 2 senduk kicap pekat
  • 2 senduk sos tiram
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2 sudu cili boh

sos char kuetiau

5. Tambah 6 ulas bawang putih diketuk.

6. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Reneh dalam 30 minit atau lebih. Waktu ini bawang putih tadi akan hancur dan pekat. Garisan atas sebelum mendidih.

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas.

sos char kuetiau

Cara masak, kena buat sepingan-sepinggan!

Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang, letak 1 senduk sos char kuetiau. Tambah sedikit air kemudian letak kuetiau. Masukkan telur sebiji, taugeh dan daun kucai. Siap!

Selamat mencuba.

BACA JUGA: Cara Buat Kuetiau Homemade Memang Mudah, Dijamin Bersih & Lebih Jimat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 − 6 =