DIY Toilet Bomb, Cara Mudah Nak Selesai Masalah Lubang Toilet Berkeladak!

DIY Toilet Bomb, Cara Mudah Nak Selesai Masalah Lubang Toilet Berkeladak! | Bab cuci bilik air atau tandas memang memenatkan. Bila lama tak dibersihkan lagilah kotoran akan melekat termasuklah termasuklah di lubang tandas.

Dah disental pun masih juga berkeladak. Bagi menyelesaikan masalah ini Puan Suhaili Baharudin berkongsi DIY toilet bomb untuk membersihkanya tanpa perlu memberus.

DIY toilet bomb, campak seketul selesai masalah

Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata itu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.

  1. Bahan-bahan yang diperlukan
  2. 1 cawan – Sodium bicarbonate (baking soda)
  3. 1/4 cawan – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
  4. 1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)

DIY Toilet Bomb

Campurkan sodium bicarbonate dan citric acid. Gaul rata dan pastikan tak berketul.

Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.

Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.

Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.

Selepas 4 jam keluarkan dan letak dalam bekas comel.

Campakkan saja seketul dalam lubang tandas rumah, masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang.

DIY Toilet Bomb

Selamat mencuba!

BACA JUGA :: Cuci Toilet Guna Eraser Sponge, Habis Lantai Jadi Putih Bersih!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × four =