Resepi Mee Goreng Sedap Istimewa Dari Tukang Masak Restoran

Keenakkan resepi mee goreng ini terletak pada bahan kisar serta penggunaan lauk daging yang naikkan lagi rasa mee. Makan pula dengan cili jeruk.

Pertama, pemilihan cili kering untuk bahan tumis mee. Jangan guna cili kerinting kurus, cili kurus tapi gunakan cili pendek. Walaupun nampak pendek dan gemuk serta kelihatan pedas, tapi hasilnya tak pdas langsung. Anak boleh makan serta warna dia cantik. Gambar di abwang, gunakan yang no 4. Banyak dijual di pasaraya NSK

Kedua, anda perlu kuasai tips memilih mee kuning. Elakkan mee yang warnanya terlalu terang serta tahan lama. Sebabnya ianya gunakan pewarna, pengawet dan kapur yang banyak. Hasilnya mee jadi parhit serta berminyak. Mee kuning segar biasanya bertahan 2-3 hari sahaja. Pilih mee yang warna kuning pudar. Cukup sekadar bilas dah cuci bersih dah mee kalau jenis segar camni.

Ketiga adalah penggunaan sos cili, kicap,sos tomato yang berlebihan hingga bersalut basah.Masukkan bahan ini sesuai dengan kuantiti mee sahaja. Biarkan bahan keysar yang menjadi perencah utama serta satu rahsia ini.

Paling menarik atau best dalam resepi mee goreng sedap adalah penggunaan daging sebagai lauk. Air daging yang turun sewaktu dimasak bantu rasa mee goreng bertambah tambah sedap. Cuba lah. Kalau nak masuk udang, sotong atau isi kerang pun boleh, terpulang pada bajet.Sayur yang sesuai untuk mee goreng semestinya sawi dan sedikit hyrisan tomato,cili.

Tips terakhir mee goreng ni adalah awasi penggunaan telur. Kalau nak selamat, tak perlu masukkan telur. Tapi jika nak masukkan juga, pastikan anda buat lorekan di tengah kuali, pecahkan telur dan biarkan telur masak dahulu baru kacau dan seabtikan dalam mee. Kalau awal dah campur, nanti mee goreng rasa mentah dan bau hanyir. Tak bestkan.mee goreng

Bahan Resepi Mee Goreng Sedap :

Kuantiti resepi untuk 400-500 gram mee kuning. Sepaket mee biasanya 400/450 gram.

Bahan Kisar:

  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1 1/2 biji bawang merah saiz bola pingpong *
  • 2 ulas bawang putih saiz kecil *

Bahan di atas yang bertanda * dikisar 90% halus.

Bahan Lain :

  • 400-500 mee kuning.
  • 200-300 gram daging dihiris nipis/lauk pilihan
  • 1 1/2 sudu makan sos tomato
  • 2 1/2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Sayur pilihan sama ada sawi, taugeh,kucai
  • Minyak untuk menumis
  • Hirisan daun bawang,hirisan cili merah,bawang goreng,limau nipis

Cara Buat Resepi Mee Goreng Istimewa Ini :

#1: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak,masukkan pula cili kisar .Api sederhana kecil.Baru masukkan daging yang dihiris nipis dan biarkan masak.Tambah lauk pilihan lain jika mahu

Barulah tambah sos cili, sos tomato, kicap manis dan pekat.Kalau rasa tak cukup kuantiti,tambah la lagi ikut selera.Kalau nak masukkan tomato, belah 4 dan masukkan ketikan ini.

#2: Masukkan pula mee kuning yang siap ditos dan kacau sebati.Bila dah bercampur baru masukkan sayur pilihan sama ada sawi, kucai taugeh serta hirisan cili. Masak hingga sayur layu.

Taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah ke atas mee untuk lagi bertambah sedap..Resepi mee goreng ni memang best dilayan cili jeruk dan perahan asam limau sedikit.

Terbaik untuk anda cuba sendiri di rumah.

Sumber : daridapur

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × one =