Home All Pengetahuan Am Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada...

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik

18168
0
cuci drum mesin basuh
Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 1

Pernah tak bila basuh baju guna mesin basuh, tapi baju tak berapa nak bersih. Kadang-kadang, sabun tak larut dan dekat baju ada melekat macam tisu yang dicarik-carik.

Okay, untuk pengetahuan, kalau jadi macam tu, maka dah tiba masanya untuk drum cuci mesin basuh tu. Ya, jangan tak percaya, drum mesih basuh juga perlu dibasuh. Kalau tidak, macam mana nak bersih baju yang dibasuh tu kan? Tak susah pun cara nak basuh. Tiru je step yang Ana Mariana ni tunjukkan.

SEMALAM ada tengok orang post dalam FB cara nak bersihkan drum mesin basuh. Nak suruh En Suami buat, dia tak ada di rumah jadi kita buat sendiri la. Senang je rupanya.

Lama dah guna mesin basuh ni, patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pulak duk melekat dekat baju lagi. Tengok betapa kotornya dalam drum mesin basuh ni. Lepas buka mesin, cuci semua kotor-kotor dalam dia, macam mesin basuh baru rasa.

CARA-CARA CUCI DRUM MESIN BASUH

1. Ni sebelum buka.

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 2

2. Buka skru 4 butir je. Angkat tudung atas pun boleh nampak kotoran bahagian atas dia.

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 3

3. Buka klip tepi.

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 4

4. Cabut yang tengah-tengah ni. Dia klip macam tu je.

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 5

5. Buka skru dalam ni.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 6

6. Cabut plastik yang warna biru ni.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 7

7. Cabut 4 butir skru ni pula. Nak cabut skru ni kena pakai kasih sayang sikit takut patah. Biasanya skru ni karat dah sebab kena air selalu.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 8

8. Baru boleh bawak keluar drum mesin basuh ni. Tengoklah betapa kotornya dalam dia. Bertahun daki-daki ni duk dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh.

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 9

9. Ni bahagian bawah.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 10

10. Sental dengan berus pakai air sabun baru mudah tanggal kotoran.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 11

11. Ni yang dah siap bersih dah.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 12

12. Baru nampak drum mesin basuh ni kilat.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 13

13. Dah bersihkan drum mesin basuh tu pasang semulalah.Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 14

14. Siap. Orang perempuan pun boleh buat kan.

Cara Betul Untuk Cuci Drum Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan Tisu Dicarik-Carik 15

Ramai yang tanya berapa kos kalau nak panggil orang buatkan? Sebenarnya kosnya agak mahal juga dibandingkan jika buat sendiri. Kadar kesukaran untuk mencuci drum mesin basuh ni kena tengok pada jenis dan brand mesin basuh juga.

Namun, setiap mesin basuh menggunakan konsep pemasangan yang tak jauh beza. Jadi sebelum menggunakan sebarang servis apakata anda cuba dulu buat sendiri mudah sangatkan orang perempuan pun boleh buat.

Anda boleh kongsikan artikel ini supaya dapat membantu ramai lagi membersihkan drum mesin basuh mereka.

Sumber: Ana Mariana

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here