Rempeyek Moden Guna Kulit Popia. Kudapan Paling Senang Nak Buat - Petua Ibu

Rempeyek Moden Guna Kulit Popia. Kudapan Paling Senang Nak Buat

Tak lama lagi kita nak sambut raya Aidiladha. Rasanya dah boleh buat kuih raya. Bagi yang bekerja mesti nak cari kuih yang senang nak dibuat. Ini idea kuih yang boleh kita buat nanti. Rempeyek moden guna kulit popia!

Perkongsian Shai Anne Ahemed Boleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.

Rempeyek moden

  • Kulit popia (apa apa brand pun boleh)
  • Kacang tanah (sangai dulu)
  • Ikan bilis
  • Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng)
  • Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)

BACA JUGA:Kuih Lejen Agar-Agar Kering Paling Simple Nak Buat, Tanpa Guna Mixer & Oven!

Cara membuat:

  1. Potong kulit popia (potong 4)
  2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong

3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.

4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.

Siap!

Selamat mencuba!

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.