Kuih Lejen Agar-Agar Kering Paling Simple Nak Buat, Tanpa Guna Mixer & Oven!

Kuih Lejen Agar-Agar Kering Paling Simple Nak Buat, Tanpa Guna Mixer & Oven! | Bila mengingatkan nostalgia raya zaman kanak-kanak, diakui memang cukup indah dan meriah.

Selain suasananya, pasti juga kita terkenang akan beberapa menu yang istimewa dan wajib ada terhidang di atas meja untuk meraikan tetamu yang berkunjung.

Lain tidak bukan, salah satunya adalah agar-agar kering ini. Boleh dikatakan, hanya musim Raya sahaja kita dapat merasa keenakan rasanya.

BACA: Masak Tau Fu Fah Guna Agar-agar Tali, Bab Sukatan Air Tu Nak Kena Betul. Ni Formulanya!

Jadi untuk yang ingin merasai kembali kuih legend ini, bolehlah dicuba untuk menyediakannya sendiri dan dalam masa yang sama dapatlah kita perkenalkan dan bagi anak-anak merasa kuih-kuih tradisi orang dulu-dulu.

Jom semak perkongsian ini untuk ketahui cara pembuatanya agar-agar kering. Kuih raya legend paling simple tanpa guna oven dan mixer. Semoga sempat kering sebelum raya.

Resepi mak saya :

  • 60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
  • 1.4 kg gula pasir
  • 1600 ml air
  • 250 gm gula batu
  • Pewarna sikit
  • Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici)

agar-agar kering

Cara buat :

  • Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
  • Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
  • Jemur sampai keluar gula
  • Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.

P/s: Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras.

agar-agar keringSaya dah update gambar yang dah kering. Saya izinkan sahabat2 share resepi. Boleh buat untuk makan semasa raya ataupun sebarang perayaan. Nak jadikan kudap2 pun boleh juga tapi jangan makan banyak sangat gula tinggi!

agar-agar kering

Sumber : Amira Halil via MAHN

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × five =