Pentingnya Bawa Garam ORS Ketika Aktiviti Meredah Hutan

Pentingnya Bawa Garam ORS Ketika Aktiviti Meredah Hutan | Jika anda menyertai atau melakukan aktiviti perkhemahan, menyusuri hutan atau lebih dikenali sebagai jungle trekking adalah satu aktiviti wajib dilakukan apabila berada di dalam hutan.

Jungle trekking adalah aktiviti meredah hutan yang sering dilakukan secara berkumpulan dan juga solo. Sememangnya, aktiviti ini memerlukan individu yang mempunyai kecergasan ataupun kesihatan fizikal.

Bagaimanapun, jika seseorang individu dalam sesebuah kumpulan atau anda sendiri mengalami kejadian yang tidak diingini seperti kekejangan otot kaki, pasti mengubah mood sepanjang aktiviti itu.

Garam ORS Mencegah Kekejangan Otot

Masalah itu dapat diatasi dengan meminum air campuran Oral Rehydration Salt (ORS). Kita sering mendengar, garam ORS digunakan untuk menampung kembali tenaga yang terhidrat akibat cuaca panas demi mencegah terjadinya strok haba dan mereka yang mengalami cirit-birit atau muntah.

Namun, garam ORS juga mampu mengurangkan risiko seseorang itu mengalami kaki kejang. Menurut perkongsian Latif Saad di Facebook, beliau memberitahu dalam kajian yang dibaca didapati pengambilan air yang banyak ketika senaman boleh meningkatkan risiko seseorang itu menglami kaki kejang.

garam ORSSumber: Farmasi Marmin

Ini disebabkan apabila seseorang itu berpeluh dengan banyak, ia akan mengeluarkan garam daripada badan. Ketika air kosong diminum, ia akan menyebabkan kepekatan garam dalam badan berkurangan dan ini menyebabkan penghantaran maklumat daripada saraf terjejas hingga mengakibatkan kekejangan otot berlaku.

“Kesimpulannya, jika anda pergi jungle trekking, elakkan daripada mengambil air minuman dengan kadar yang banyak dan bawalah ORS untuk persediaan jika ada sesiapa yang mengalami kekejangan kaki,” tulis Latif Saad.

Garam ORS ialah rawatan yang berkesan, mudah dan murah. Pastikan anda ada menyimpan pek garam ORS di rumah untuk kegunaan semasa kecemasan.

Sumber: Latif Saad

TIP MENGELAK KAKI CRAMP KETIKA HIKING

1. Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Tarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan. Bawak bertenang dan buka kasut serta stoking dan tapak kaki pijak tanah akan mengambil positif bumi dan membantu buang kesan negatif di dalam badan kite. Pada Masa yang same ambil sedikit garam atau gula untuk membantu menghilangkan cramp dengan lebih cepat. Berehat dalam beberapa minit dengan keadaan kaki lurus (Jangan tekan).

2. Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein kerana Minuman berkafein boleh menyebabkan kaki cramp dan akan merangsang anda membuang air kecil. Minum air yang tinggi elektrolit contohnya Performance drink yang sedap tu.

3. Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit. Pastikan balut dulu jika guna ais ketul.

4. Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan. Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan.

5. Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.
Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot?

6. Sehari sebelum trip minum la air isotonic dan karbohidrat – elekrolit. Ia mengandungi 3.0 hingga 4.0g garam di dalam Minuman tu dan memang dicipta untuk Minuman bersukan.

7. 3hari sebelum trip makan la ubi kentang / Ubi keledek yang bewarna merah biru Ungu dan perang. Rebus (Bukan goreng)Ubi kentang juga membekalkan karbohidrat dan mempunyai kalori yang rendah. Ubi kentang mengandungi PIGMEN ANTHOCYNINS merupakan agen AKTIOKSIDAN hebat dan membantu dari serangan Penyakit terutama nya CRAMP.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + five =