Ini Cara Buat Sticker Nama Anak, Siapkan Awal Sebelum Sesi Persekolahan. Senang Je!

Ini Cara Buat Sticker Nama Anak, Siapkan Awal Sebelum Sesi Persekolahan. Senang Je! | Sesi persekolahan untuk tahun 2020 akan bermula dalam masa kurang 2 minggu dari sekarang.

Antara rutin remeh yang perlu dihadapi ibu bapa adalah menampal lencana sekolah anak, menulis nama anak-anak pada buku teks, buka latihan mahu pun buku kerja. Jom buat sendiri sticker nama anak tanpa perlu menulis satu-persatu, seperti dicadangkan pengguna Facebook Lyne Aziz. Senangnya kerja!

Cara-Cara Buat Sticker Nama

(DIY) Print Label/Sticker – Kos Hanya RM1.40

  • Step 1 – Beli Self-Adhesive (19mm x 50mm) (Kod: 1012).. Harga di Mydin RM1.40
  • Step 2 – Download template di:

Teacher – KLIK SINI
Ejen Ali – KLIK SINI
Frozen Elsa – KLIK SINI
Frozen Anna – 4 Lines – KLIK SINI
Little Pony – KLIK SINI
Spiderman – KLIK SINI
Hello Kitty – KLIK SINI

Edit nama guna Find and Replace

  • Step 3
    – Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H).
    – Tekan Ctrl+H
    – Isi nama “HASLINA AZIZ” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”.
    – Klik “Replace All”
    – Ulang step sama untuk replace nama kelas dan sekolah.

Cara Tukar Gambar Sticker Nama

  • Step 4 – Untuk tukar gambar lain.
    – Save gambar yang diinginkan.
    – Highlight semua gambar asal, double click dan klik “Change picture”.
    – Pilih gambar baru yang ingin ditukar dan tekan “Insert”.
  • Step 5 – Print, siap.

Sumber: Lyne Aziz

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve − three =