Boleh Report JPJ Kalau Nampak Kereta Potong Baris, Terus Emel Guna Template Ini

Boleh Report JPJ Kalau Nampak Kereta Potong Baris, Terus Emel Guna Template Ini | Jangan ingat tiada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda boleh memotong baris sesuka hati tanpa dikenakan tindakan.

Pemandu lain yang menyaksikan perbuatan tak senonoh tersebut seharusnya mencatat segala info dengan lengkap untuk diserahkan kepada JPJ.

Misalnya, ia merangkumi masa, tarikh, nama jalan dan lagi baik kalau ada gambar sekali untuk memudahkan pihak JPJ membuat siasatan.

Bagaimana Caranya Buat Aduan Kereta Potong Baris?

Caranya cukup mudah. Tanpa anda perlu pergi ke kaunter JPJ, anda boleh melaporkan kejadian itu terus menerusi emel.

Berdasarkan perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, @rejaie menunjukkan langkah yang harus dipraktikkan kebanyakan orang awam dalam negara ini.

Kereta Potong Baris

Emel ke [email protected]

Untuk memudahkan orang awam menulis laporan kepada pihak JPJ, berikut adalah template yang boleh digunakan.

Kereta Potong Baris

Terima respon daripada JPJ

Balasan daripada JPJ menunjukkan pihak mereka sentiasa peka dengan kesalahan trafik dan siasatan akan dijalankan.

Kereta Potong Baris

Semoga dengan perkongsian ini, orang awam yang ternampak kelakuan pemandu lain yang melanggar undang-undang, terus laporkan kepada JPJ.

Tak perlu tunjuk jari tengah, hon bertalu-talu atau pecahkan cermin kereta!

Jika anda suka dengan artikel cara buat aduan apabila kereta potong baris ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × five =