Peminat Durian, Hati-Hati Jangan Ingat Sedap Je Bukan Setakat Boleh Tipis Poket Ini Bahaya Durian!

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan bagi sesetengah penggemar durian apabila mereka sanggup memandu jauh ke luar bandar demi menikmati buah yang segar dari dusun.

Memang tidak dinafikan, raja segala buah ini mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat tersendiri, sebagaimana perkongsian oleh seorang doktor.

Menerusi satu posting di Facebook, Dr Ahmad Samhan Awang menyenaraikan beberapa khasiat dan manfaat buah ini.

Antaranya, ia sifar kolesterol selain tinggi dengan lemak tidak tepu (lemak baik), tinggi anti oksidan yang membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.

durian
Buah durian mempunyai banyak manfaat, namun ia boleh memudaratkan jika diambil berlebihan. Foto: The Star

Ia juga kaya dengan asid folik dan folate yang mana baik bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah (anemia), tinggi serat dan fiber di mana ia bagus untuk masalah sembelit, dan mengandungi tryptophan yang mana bagus bagi mereka yang mempunyai insomnia, kemurungan dan stres.

“Namun begitu, ia akan jadi racun jika diambil berlebihan. Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100 gram atau dua ulas kecil durian setiap hidangan,” tulisnya.

Dr Ahmad Samhan juga menceritakan pengalamannya merawat seorang warga emas di mana dia sendiri terkejut apabila melihat paras gula yang dicatatkan oleh pesakit itu.

“Bacaan gula menunjukkan 24 mmol/l. Tinggi sangat!,” tulisnya sambil menambah, warga emas itu mengakui memakan lima ulas durian.

“Antara mudarat jika diambil berlebihan adalah buah ini tinggi dengan kalori di mana akan menyebabkan kegemukan.durian
Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100 gram atau dua ulas kecil durian diambil pada setiap hidangan. Foto: Bernama

“Ia juga tinggi kandungan gula dan berbahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.

“Boleh menyebabkan gastrik dan badan jadi panas hasil tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman.

BACA: Cara Menanam Benih Durian Musang King Yang Betul, Hasil Pasti Puas Hati!

“Yang paling mudarat bila dibeli dengan kuantiti yang banyak, poket kalian akan makin menipis,” tulisnya dalam nada berseloroh.

Perkongsian tersebut meraih sehingga melibihi 700 shares dan dibanjiri ratusan komen netizen.durian
Harga buah durian bergantung kepada jenis dan kualiti. Foto: Bernama

“Terima kasih doktor atas info. Sebelum ini akak kalau makan dua biji sekarang dua ulas jer tu pun kalau teringin sangat,” tulis seorang netizen.

“Yang makin nipis memang diakui sangat-sangat. Haru biru kalau beli untuk satu family…anak-anak pulak hantu durian,” tulis seorang lagi.

“Nasib la dia mahal, kalau murah tak tau laa berapa ramai yang kena penyakit,” tulis seorang yang lain.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × one =