Mangkuk Berisi Sedikit Makanan Adalah Kosong, Ini Sebabnya Kucing Minta Makanan Lagi!

Mangkuk Berisi Sedikit Makanan Adalah Kosong, Ini Sebabnya Kucing Minta Makanan Lagi! | Kebanyakan daripada pemilik kucing pasti arif benar dengan beberapa tabiat kucing mereka yang kadangkala tidak masuk akal.

Antara logik kucing yang tak dapat diterima oleh pemilik kucing adalah mangkuk yang berisi kibble seringkali dianggap kosong tanpa kibble.

Ketahui sebab mengapa ini berlaku.

1. Jarak penglihatan

Tahukah anda, meskipun kucing tergolong dalam kumpulan pemburu, kucing sebenarnya mempunyai jarak penglihatan yang terhad, terutamanya dalam jarak di hadapan hidung mereka.

Disebabkan mempunyai titik buta di bawah hidung dan dagu, kucing tidak dapat melihat kibble yang masih ada di kawasan tepi mangkuk.

2. Misai yang sensitif

Misai merupakan salah satu bahagian yang penting kepada kucing kerana berperanan sebagai sensor yang membantu deria serta sistem navigasi persekitaran kucing.

Tekanan yang dirasa melalui misai akibat tersentuh sisi mangkuk menyebabkan ada sesetengah kucing yang hanya akan makan kibble dari bahagian tengah mangkuk tanpa menyentuh misai pada mangkuk.

3. Mahu makanan yang baharu

Dengan hanya menggunakan deria bau, kucing dapat mengesan sama ada kibble yang diberikan masih segar atau pun sudah lama. Disebabkan itu jugalah ada kucing yang masih tetap mengiau meminta kibble meskipun masih ada baki di dalam mangkuk mereka.

BACA: “Ramai Yang Ikhlas Bela Kucing, Tapi Takda Ilmu”, Gadis Ingatkan 7 Perkara Ini Sebelum Bela Kucing

Apa yang boleh dilakukan bagi mengatasi logik kucing ini?

  1. Sediakan makanan dalam bekas berpemukaan lebar dan rata.
  2. Kurangkan kuantiti makanan daripada kebiasaan.

makanan

Sumber: The Mamamiow, Vetdepot

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × two =