Jangan Suka-Suka Salin Baju, Tanggal Seluar Depan Anak. Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok!

Jangan Suka-Suka Salin Baju, Tanggal Seluar Depan Anak. Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok! | Sudah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memberi didikan serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak.

Selain mengajar tentang adab, penting bagi ibu ayah untuk memberi pendedahan awal tentang pendidikan seks. Sesetengah perkara mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar terhadap tumbesaran mereka.

Seperti yang dikongsikan oleh Akhi Al Jengkawi, sesetengah perbuatan ibu ayah akan tersimpan dalam minda separa sedar anak. Ia akan menyebabkan anak terbiasa dengan sesuatu perkara sehingga mempengaruhi perwatakan mereka ketika dewasa terutama sekali apa yang berlaku depan anak.

depan anak

Ikuti penulisan penuh manfaat ini.

“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar dalam depan anak.

Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun walau buka pakaian depan anak. Namun mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.

Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjebak pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video lucah sama jantina, gay.

Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman kanak-kanak dah biasa ayah buka pakaian depan anak.

Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel dan melakukan onani dihadapan mereka pula.

Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.

Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.

Aku mendiamkan diri.

“Budak tu jadi gay?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.

“Ya!”

Kelu tidak terkata.

*************

Kawan-kawan yang baik hati,

Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina, unwed pregnant, baby dumping.

Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!

Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka.

Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja di hadapan anak-anak.

Bagaimana Kita Nak Educate Anak Mengenai Private Part, Bad Touch, Safe Touch, Malu, Kalau Kita Sendiri Tak Tunjuk Contoh Yang Baik Di Depan Mereka?

Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.

Kau Pemarah, Mereka Akan Cepat Marah. Kau Suka Pukul Mereka, Mereka Akan Memukul Orang Lain Pula Hatta Kau Lakukan Hubungan Intim Antara Suami Dan Isteri Pun Mereka Akan Ikuti.

Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya bila dibuat depan anak.

Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan, meliwat dalam tandas, main ‘rogol-rogol’.

Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?

Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan sekelas.

Bila Cikgu Tanya, Dia Jawab Biasa Tengok Parents Buat Macam Tu. Kata Ayahnya, Ini Cara Ayah Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Mak.

Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”

BACA: Jangan Marah Anak Tak Reti Duduk Diam. Betul Cara Didikan, Mereka Boleh Jadi Orang Hebat!

Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, buka pakaian depan anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.

Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.

Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.

Ajar Anak Mengenali Tubuh Badan, Fungsinya. Anak Perlu Tahu Fungsi Zakar Dan Faraj. Tanamkan Rasa Malu. Pisahkan Tempat Tidur. Jangan Melucah Depan Anak.

Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal seksualiti, bukan porn, bukan pula rakan sebaya anak kita.

Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabie, menjadi mangsa sex grooming, pedofilia, dicabul dan dirogol.

Aamiin

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Ulang siar posting tahun 2017 dengan sedikit pembetulan dan penambahan point. Saya dah repost 6 kali dah rasanya. Semoga ada manfaat untuk yang baru baca.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − eight =