Ini 8 Panduan Mandi Semasa Berpantang Yang Betul, Jangan Ambil Mudah

Ini 8 Panduan Mandi Semasa Berpantang Yang Betul, Jangan Ambil Mudah | Bagi wanita selepas bersalin, mandi semasa berpantang sangat penting untuk memastikan kebersihan dan kesegaran diri mereka sentiasa terjaga.

Selepas melahirkan anak, seluruh tubuh terasa lemah longlai kerana kehilangan banyak tenaga semasa proses melahirkan. Di tambah pula dengan rasa tidak selesa dan rimas dengan keadaan tubuh. Ini menyebabkan wanita mahu segera untuk mandi dan membersihkan diri semahunya.

Soal mandi semasa berpantang memang nampak mudah namun sebenarnya wanita bersalin juga kena tahu ilmu ini untuk diri sendiri. Jaga dalaman tubuh kita jangan belum sampai umur 40 badan sudah rasa semacam nenek tua!

Menurut petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah, daripada Pewaris Perbidanan Melayu Asli, nak mandi semasa berpantang juga kena ada caranya supaya badan kekal kuat dan hebat secara dalamannya. Mandi semasa berpantang secara berlebihan pun kurang sesuai katanya.

Suami atau yang menjaga wanita semasa berpantang hendaklah ambil tahu pengetahuan mengenai mandi semasa berpantang ni. Yerlah, 40 hari nak berpantang jika tidak mengambil peluang ini untuk menjaga diri sebaik mungkin sangatlah merugikan.

Meskipun kita inginkan kemodenan dalam kehidupan seharian tetapi semasa berpantang tidak salah untuk kita kembalikan pengetahuan tradisional melayu ini demi kesihatan dan menurunkan ilmu perubatan melayu.

cara mandi semasa pantang, cara mandi orang melayu semasa pantang, pantang selepas bersalin, pantang mandi semasa bersalin, tatacara mandi semasa berpantang

“Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh. So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.

TATACARA WANITA MANDI SEMASA BERPANTANG

1. Mandi waktu dhuha. Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit barulah mandi. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice, kalau masa tu memang musim hujan, sejuk memanjang, memang tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam… disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.

2. Mandi air suam-suam panas untuk badan. Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu.

cara mandi semasa pantang, cara mandi orang melayu semasa pantang, pantang selepas bersalin, pantang mandi semasa bersalin, tatacara mandi semasa berpantang

3. Untuk kepala…. WAJIB mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan mandi semasa berpantang ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam.

BACA JUGA: 5 Petua Uruskan Isteri Berpantang Yang Suami Wajib Tahu

4. Mandi semasa berpantang tidak boleh lama-lama. Paling lama 10 minit je.

5. Mandi semasa berpantang SATU baldi besar je. Bukan satu kolah. Satu gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas tu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup. Jangan gunakan shower kalau boleh sebab kalau pakai shower air terus kena kepala dan susah air nak kena pada badan sekali harung. Mandi semasa berpantang seeloknya duduk diatas kerusi, nak pula kalau baru-baru lepas bersalin.

6. Mandi sehari sekali. Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus… tapi kulit tak anjal. Muka sembap.

cara mandi semasa pantang, cara mandi orang melayu semasa pantang, pantang selepas bersalin, pantang mandi semasa bersalin, tatacara mandi semasa berpantang

7. Minggu pertama mandi semasa berpantang sebaiknya lap-lap je dulu. Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no tiga, kak ice memang tak mandi masa minggu pertama bersalin. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak pertama dan kedua.

So, inilah tip dan aturan mandi semasa berpantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa. So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit. Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan giteww!

Kalau bukan orang melayu sendiri yang sambungkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi.

BACA JUGA: Kesan Pada Wanita Bersalin Yang Gagal Lakukan Rawatan Penutup Pantang

You might also like
1 Comment
  1. […] dalam pantang, emosi ibu masih tidak stabil dan sedikit sensitif. Jadi, lebih senang dan selesa apabila diuruskan […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.