Inilah 5 Petua Jaga Isteri Berpantang Yang Suami Wajib Tahu

Inilah 5 Petua Jaga Isteri Berpantang Yang Suami Wajib Tahu | Bukan semua suami berkebolehan jaga isteri berpantang, kebanyakkan daripada mereka lebih rela menyerahkan tugas itu kepada ibu ataupun ibu mertua.

Bukan tidak mahu jaga isteri, tetapi kurang ilmu pengetahuan tentang penjagaan yang sempurna untuk isteri. Nanti tersalah jaga lain pula jadinya.

Jadi para suami yang bakal menjadi bapa nanti boleh la ikut tip yang dikongsikan oleh Muhammad Faizal ini. Sepanjang isterinya berpantang, dia la yang menjaga makan dan pakai isteri dan juga bayinya.

Susah nak dapat suami yang boleh jaga isteri ketika berpantang ini. Jadi jika anda antara mereka yang terigin menjadi suami mithali, boleh la ikut tip jaga isteri berpantang ini ya.

TIP MUDAHKAN SUAMI JAGA ISTERI BERPANTANG

“Coretan kali ni aku lebih suka nak berkongsi pada korang semua tentang apa yang sepatutnya kita iaitu lelaki atau lebih sesuai aku cakap suami perlu lakukan bila isteri kita ni sedang berpantang. Aku kongsikan apa yang aku lakukan la. Based on experience aku sendiri. Tak la orang kata cakap tak serupa bikin pulak nanti kan?suami jaga isteri berpantang, jaga isteri dalam pantang, isteri dalam pantang, isteri berpantang, suami urus isteri berpantang

Tanggungjawab atau Peranan suami/lelaki ketika isteri berpantang selepas bersalin

Urusan uri bayi

Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan Rahim.

Orang-orang tua kata uri ni macam kawan bayi dalam perut ibu. Jadi sebagai seorang suami adalah lebih baik untuk kita tahu untuk menguruskan uri anak kita dari membersihkan hinggalah menanamnya. Kalau korang nak tahu caranya boleh baca entri Step by step mencuci uri di link ini untuk mempelajari secara ringkas macam mana nak menguruskan uri anak kita.

Berpantang pantang

Vitamin dan ubat-ubatan ketika berpantangsuami jaga isteri berpantang, jaga isteri dalam pantang, isteri dalam pantang, isteri berpantang, suami urus isteri berpantang

Masa wife aku berpantang memang dari awal aku dah sediakan beberapa vitamin dan ubat-ibatan tak kira secara tradisional ataupun moden untuk jaga isteri berpantang. Macam biasa la untuk vitamin aku memilih set vitamin untuk selepas bersalin. Memang dari anak first bini aku makan vitamin dari Shaklee. So far alhamdulillah serasi.

BACA JUGA: Maafkan & Fahamilah Isteri Anda Bila Mereka Sudah Tidak Cantik

Set bersalin ni banyak manfaatnya. Antaranya dapat menambah susu badan. Memandangkan aku memang menyokong 100% penyusuan susu ibu untuk bayi, jadi seboleh-boleh aku menyediakan kelengkapan untuk wife aku buat stok EBM. Bagi die selesa dan memudahkan. Kalau stress-stress nanti susu tak keluar pulak kan. Hehehe

Serious ciri ciri suami mithali .. hihi

Urusan rumahtangga

suami jaga isteri berpantang, jaga isteri dalam pantang, isteri dalam pantang, isteri berpantang, suami urus isteri berpantang

 

Memang sudah menjadi kelaziman aku dari anak pertama, bila wife aku bersalin sememangnya tanggungjawab urusan rumah tangga dari segi masak, kemas rumah dan membasu baju menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu kalua wife aku bersalin aku akan amek cuti sampai sebulan lebih.

Memang dari awal-awal pregnant dah bagi tau bos awal-awal yang aku akan amek cuit yang lama. Kau bayangkan 7 bulan awal dah mintak cuti, kalau tak approve jugak memang la kan. Hehehe.

Uruskan bayi

jaga isteri berpantang, jaga isteri dalam pantang, isteri dalam pantang, isteri berpantang, suami urus isteri berpantang

Selain dari masak, basuh dan kemas rumah, aku juga menguruskan anak aku. Antranya mandikan, salin baju dan sebagainya. Kalau anak first, aku mula mandikan anak aku sendiri bila umur dia start 3 hari.

Hari first until hair yang ke-3 tu nenek dia yang mandikan. Aku tengok dari tepi sambil belajar gitu. Tapi untuk anak second ni, balik je dari hospital, esoknya aku la yang mandikan anak aku sendiri. Orang kata dah pakar kan? Hehehe.

Uruskan isteri

Selepas selesai semua urusan bayi, baru la aku akan uruskan wife aku. For your info, orang lepas bersalin ni macam-macam kita kena buat tau. Nak mandi kena masakkan air panas. Baju-baju bersih kita kena sediakan dan macam-macam lagi la.

Kalau kita sebagai suami tak sediakan semua itu, tak kan ko nak suruh mak kau buatkan. Betul tak? Nak suruh bini ko buat sendiri confirm2 tak larat. Jadi, sebagai suami, ambil la tanggungjawab untuk menguruskan isteri kita yang sedang sakit tu.

Insyallah sambal-sambil kita buat tu isteri Nampak la betapa kita ni sangat SAYANG kat diorang ni kan. Hehehe

Haa macam mana? Mudah je kan? Jom amalkan sama-sama.

Berpantang itu bermaksud tempoh pemulihan fizikal & emosi seseorang ibu selepas bersalin. Percaya atau tak, seorang isteri akan melalui tempoh berpantang dengan cerianya kalau suami yang jaga isteri berpantang.

Sumber: Muhammad Faizal

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi 31 Amalan Berpantang Selepas Bersalin Bantu Berat Turun 40kg!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + 10 =