Pantang Larang Buat Ibu Yang Bersalin CZER, Confirm Perut Tak Berlipat Sampai Tua!

Mungkin bukan mudah nak tahu apa pantang larang yang wajib dielak tetapi kaum ibu yang bersalin czer atau secara bedah patut ambil tahu petua dan cara-cara untuk jaga perut agar kembali pulih dan tidak buncit. Apa larangan dan apa yang kaum mak-mak patut buat, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Aishah ini…

Perut si ibu bersalin czer.

Masa mengandung merekah kehadapan.Ketika bersalin dilapah terbuka.Kemudian di jahit distaple.Kalau mengandung perut kecik, sikit la bunjutnya.Kalau mengandung perut besar belanga, terjuih isi perut, berlipat sampai menutup ari-ari.

Bila berjalan, perut membuai.Luka yang ditoreh berlaga-laga. Ngilu. Perit.

pantang larang ibu bersalin czer, pantang larang ibu bersalin pembedahan, pantang larang ibu bersalin operation, perut berlipat selepas bersalin, punca perut berlipat selepas bersalin

BACA JUGA :: Ini Sebab Doktor Banyak Kali ‘Seluk’ Sebelum Bersalin, Bukan Suka-Suka.

Sebab tu kena pakai penampung perut lepas bedah.Nak kasi selesa ketika berjalan, hatta berdiri.Duduk menyusu pun jadi selesaMinggu pertama pakai strap on binder.Minggu kedua pakai bengkung kain belacu yang diikat.Jangan ketat-ketat.Janji perut tak terjuih kebawah.Ibu yang bersalin czer, yang tak berbengkung, perut dia terlipat ke bawah. Macam apron. Tak pakai panties pun xpe. Tertutup dah depan tu.

Tapi…Bila makan tahun.Perut berlipat tu akan jadi accessory yang memalukan. Spare tyre kiri kanan perut boleh trim down dengan work out.
Perut berlipat tu… tak boleh dipaku kat badan. Hiduplah dengan perut yang berlipat.

Berbengkunglah selepas czer. Untuk keselesaan. Perut pun tak menggeleber. Takdelah asal pandang cermin je… rasa nak pecahkan cermin tengok perut berlipat sampai tua.

TAPI ADA PANTANG LARANG BUAT IBU BERSALIN CZER YANG NAK PAKAI BENGKUNG

  1. Tak boleh berjalan-jalan kehulu hilir takde arah masa bengkung dipakai
  2. Tak boleh naik turun tangga masa tengah pakai bengkung
  3. 2 minggu kena hadkan pergerakan masa berbengkung sebab risiko luka czer terbuka balik sangat2 tinggi bagi ibu-ibu yang jenis lasak.

Kalau rasa tak mampu nak duduk diam-diam ketika berbengkung lepas czer, tak perlulah berbengkung. Tetapi…Tadah ajelah perut yang berlipat macam tu. Pilihan dah diberi. Nak mengikut atau nak beralasan lagi?

BACA JUGA: Anak Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG. Wanita Ini Kongsi Caranya

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 5 =