3 Kesan Buruk Tak Lakukan Rawatan Penutup Pantang Pada Wanita Bersalin

Selepas bersalin ibu akan lalui tempoh berpantang selama 40 hari. Sebaik keluar dari hospital, bidan mula datang ke rumah dan proses urutan dilakukan dalam tempoh 3 ke 5 hari.Tapi berapa ramai yang meneruskan rawatan penutup pantang.

Ada juga yang berurut untuk tempoh yang panjang. Ikut keinginan ibu berpantang itu sendiri.Selesai tempoh itu, ibu masuk kerja dan jalani rutin seperti biasa.

Hakikatnya, ada satu lagi proses berpantang yang dinamakan rawatan penutup pantang. Ia penting untuk wanita lepas bersalin seperti mana yang dikongsikan oleh Ummi Syatirah Kak Bidan Sempoi Sabah, Nur Syatirah Shuib dan suami, Ustaz Lokman Mohamed.

Apa Itu Penutup Pantang

Ianya amalan orang Melayu dahulu untuk sesi terakhir bagi rawatan berpantang. Lain bidan lain caranya. Terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kawasan. Bahan pelepas digunakan bagi mengelakkan angin daripada memasuki badan (angin jahat) dan bagi mengelakkan gangguan jin daripada memasuki badan (bad energy).

Nota: Wanita dalam pantang terdedah pada gangguan makhluk halus disebabkan badan yang lemah dan pengeluaran darah nifas dalam tempoh yang lama berbanding darah haid.pantang selepas bersalin, pantang selepas melahirkan anak, pantang bersalin, penutup pantang

Sebab Kena Buat Rawatan Penutup Pantang

  • Mengelakkan angin cepat masuk ke dalam badan.
  • Merawat bad energi selama tempoh berpantang. Gangguan ini boleh masuk ke dalam badan melalui dua cara iaitu stress disebabkan masalah kesihatan ibu dan bayi ataupun tumpangan sihir.
  • Petanda tamatnya tempoh berpantang.
  • Lebih fokus kepada mencantikkan kembali seluruh tubuh badan ibu berpantang. Fokusnya kepada rawatan menguruskan badan, rawatan vagina, rawatan payudara dan punggung.
  • Memandangkan ibu-ibu bekerjaya pada hari ini mementingkan bentuk tubuh yang cantik, maka rawatan lengkap ini perlu dijalankan. Ia kembalikan semula keyakinan ibu-ibu untuk bekerja.
  • Ibu yang betul-betul sihat akan mempunyai tubuh badan yang langsing, muka merah berseri-seri. Ibu yang gagal berpantang dengan betul akan alami perut yang buncit, otot mengendur dan mukanya pucat.

Kelebihan Rawatan

Rahim ibu akan betul-betul diperiksa oleh bidan sama ada betul-betul telah kecut atau sebaliknya. Rahim akan betul-betul kecut berada pada posisi yang betul selepas darah nifas berhenti. Bila rawatan tak dilakukan, anda sendiri pun tak tahu keadaan rahim ketika itu.

Nota: Rahim mengembang selama 9 bulan mengandung belum betul-betul mengecut. Ianya boleh dilihat pada perut yang masih buncit seperti mengandung 3 bulan.

Kalau Tak Buat, Apa Jadi?

  1. Tubuh badan wanita mudah penat.
    2. Wanita jadi stress.
    3. Anasir negatif (bad energy) mudah masuk dalam badan.

Nota: Ketika badan lemah inilah jin daripada daripada saka ataupun sihir yang lama-lama mudah aktif kembali, yang mana sewaktu sihat, ibu tak merasakan apa-apa perubahan pelik pada badan.

Cara mudah tentukan gangguan dalam rumah ialah bayi menangis (meraung) pada tengah malam dengan matanya melihat ke atas.

Pengalaman Merawat Ibu Berpantang

3 hari terakhir ketika darah nifas bertukar warna daripada merah kepada coklat. Rawatan paling minima untuk dilakukan adalah bertangas dan urutan rahim.

Tujuan bertangas untuk mengeluarkan habis sisa baki darah nifas agar selepas mandi wajib darah nifas tak keluar semula.

Urutan pula berfokus kepada:

  • proses mengeluarkan angin daripada perut & usus.
  • proses membantu mengecutkan rahim.
  • proses menaikkan rahim iaitu sengkak peranakan.

Jenis Rawatan Penutup Pantang

Rawatan Vagina

Kita sedia maklum bahawa vagina menjadi longgar disebabkan proses melahirkan anak secara normal dan penuaan. Otot lantai pelvis boleh menjadi lemah kerana usia bertambah dan tahap hormon estrogen yang rendah.

Kaedah rawatan vagina adalah bertangas basah dan kering, scrub, masker, urutan peranakan dan organ sulit wanita, serta merawat vagina menggunakan herba yang mampu mengetatkan dan mengencangkan kembali otot vagina.

Ibu bersalin yang melakukan rawatan vagina, akan melihat organ sulitnya putih kemerah-merahan dan panas berbanding ibu yang tidak mendapatkan rawatan dimana akan kusam dan sejuk! Sesi urutan inilah yang paling penting. Teknik urutan yang betul berfokus kepada titik merawat masalah batin akan mengelakkan masalah mati putik.

BACA JUGA: 5 Perkara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Disahkan Hamil

Rawatan Payudara

Semasa sesi penutup pantang bertujuan melancarkan dan memperbanyakkan susu ibu. Namun, rawatan perlu dijalankan selepas tamat tempoh penyusuan untuk mengembalikan keanjalan otot payudara.

Rawatan Punggung

Rawatan punggung pula dijalankan untuk merawatkan kembali tulang punggung yang terbuka akibat proses bersalin. Selain itu, scrub & masker yang dijalankan akan menjadikan otot punggung kembali tegang dan putih bersih.pantang selepas bersalin, pantang selepas melahirkan anak, pantang bersalin, penutup pantang

3 Kaedah Yang Bidan Dulu Amalkan

1. Benang Mentah

1 tali atau benang panjang dicantumkan dan dibawa masuk bermula kepala hinggalah ke kaki ibu dengan niat membuang semua anasir buruk (bad energy) daripada ibu.

2. Kain Batik Lepas

Kain batik yang belum dijahit, biasanya dihadiahkan pada bidan selepas rawatan. Tekniknya, kain batik lepas dilalukan di atas kepala ibu seterusnya ke badan dan kaki.

3. Mandian Herba Pelepasan Pantang

Ibu akan dimandikan oleh bidan sendiri daripada kepala hingga ke kaki. Ada yang menggunakan bunga-bungaan untuk naikkan seri wajah ibu. Seri wajah hanya terpancar setelah semua anasir negatif keluar dari badan ibu.

BACA JUGA: Larangan Ketika Berpantang Yang Bawa Mudarat Kalau Tak Ikut

Nota: Amalan benang mentah dan kain batik lepas banyak digunakan di Kelantan. Amalan mandian herba pelepasan pantang banyak digunakan oleh masyarakat Sabah.

Rawatan Penutup Pantang dijalankan pada hari ganjil iaitu pada 39, 41 atau 43 hari berpantang. Bila bidan dah sahkan badan betul-betul sihat, barulah boleh buat sesi ini. Jika tubuh badan masih lagi sakit, rahim belum lagi mengecut, sesi berpantang kena diteruskan sampai 100 hari.

Secara mudahnya, orang dulu percaya ibu boleh keluar rumah selepas tamat tempoh berpantang iaitu 44 hari kerana bila badan dah kuat, ibu sukar terkena anasir negatif daripada mereka yang ada gangguan sihir dan saka keturunan contohnya.

Ramai yang kurang percaya dengan rawatan penutup pantang kerana dari mata kasar, sukar untuk tentukan sama ada ibu dah betul-betul pulih dari segi fizikal dan mental.

Banyak ibu yang meroyan dan juga meninggal dunia disebabkan pengabaian penjagaan dan rawatan ketika berpantang.

Rawatan penutup pantang bidan -bidan dahulu ada pelbagai jenis sebenarnya. Maka, nasihat saya, anda carilah bidan yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Hal ini kerana, ada juga bidan yang belajar mengurut di dalam mimpi dan jin tersebut mengajarkan ilmu urutan kepadanya. Perkara ini sering terjadi kepada mereka yang mempunyai keturunan bidan.

Saka keturunan telah memasuki badan bidan tersebut dan membantunya ketika sesi urutan dijalankan. Maka, ibu-ibu yang mengurut dengan bidan tersebut hanya akan sihat sekejap sahaja dan kembali sakit.

Sebab itulah, ibu-ibu kena alert dengan rawatan penutup pantang yang memberi kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh wanita selepas melahirkan. Pastikan anda betul-betul mengenali latar belakang bidan-bidan lama ni.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen + 12 =