Home All Pengetahuan Am Bersediakah Kita Dengan NEW NORM Selepas PKP Berakhir? Doktor Kongsi Pandangan

Bersediakah Kita Dengan NEW NORM Selepas PKP Berakhir? Doktor Kongsi Pandangan

3032
3
Bersediakah Kita Dengan NEW NORM Selepas PKP Berakhir? Doktor Kongsi Pandangan

Bersediakah Kita Dengan NEW NORM Selepas PKP Berakhir? Doktor Kongsi Pandangan | Tentu ada sebahagian dari kita tertanya-tanya adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ke 4 akan berakhir pada 12 Mei atau PKP akan bersambung lagi sehingga akhir Ramadan.

Seperti sedia maklum, setakat hari ini tiada mana-mana negara sudah menemui penawar COVID-19 sebaliknya dari hari ke hari jumlah mereka yang mati akibat wabak ini semakin meningkat.

Malah bagaimana virus ini tersebar juga belum diketahui puncanya sehingga mengakibatkan lebih 3 juta orang dijangkiti di seluruh dunia. Bukan saja masalah kesihatan terjejas tetapi ekonomi juga mulai menjunam kerana banyak sektor tidak dapat dibuka.

Bacalah perkongsian menarik ditulis oleh seorang doktor di fbnya, Yazeed Hair Johari mengenai adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan norma baru atau new norm selepas PKP berakhir? Pandangannya agak menarik dan pastinya kehidupan kita tak akan sama lagi seperti sebelum ini biarpun PKP sudah berakhir.

new norm

Bagaimana NORMA BAHARU (New Norm) SELEPAS WABAK COVID-19?

Adakah kita sudah bersedia? Apa yang bakal berlaku selepas PKP?

Tujuan aku tulis ni, bukanlah untuk create Panic. Tapi niat aku adalah untuk semua orang bersedia dengan apa yang bakal kita sama sama tempuhi nanti.

Ramai yang ingat, selepas sahaja PKP ditamatkan. Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa. Rangkaian COVID-19 boleh dihentikan tetapi untuk membunuh virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya. Jadi, kita masih belum selamat.

Sangkaan itu mungkin betul. Tapi yang pasti selepas PKP, kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm

Kalau perasan sebelum ni, PM awal awal lagi dah sebut. Kita kena biasakan dengan kehidupan baru iaitu New Norm.

New Norm ini adalah keadaan di mana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal, ianya atas risiko masing masing.

Walaupun kes covid dah zero tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ Possible “ yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru.

Walaupun kita akan bebas keluar semula. Tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 meter

2 )Keluar bila memerlukan sahaja. Terus pulang ke rumah selepas waktu bekerja

3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti majlis kahwin, konvensyen dan sebagainya.

4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh sehingga satu dunia bebas dari covid. Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .

5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan berlegar di shopping mall, pawagam mahupun pasar borong

6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene, hand sanitization, menutup bersin dengan siku, memakai mask jika perlu.

7).Tidak digalakkan melepak di warung, kedai mamak dan sebagainya. Tiada lagi tontonan live bolasepak di premis makanan

Apa yang akan berlaku seterusnya ?

1 – Pemilik Microbisnes juga akan terkesan dengan kerugian. Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja.

2- Macrobisnes juga akan terkesan seperti Kilang pengeluar dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja.

3- Sektor perhotelan / resort / kelab golf / shopping complex / taman tema – Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi

4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja

5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas. Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil? Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?

6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas. Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan

7- Bagaimana dengan sekolah / kolej dan universiti? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing. kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat.

8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi

9 . Rakyat akan mula berjaga-jaga dan cuba mengelakkan risiko jangkitan.
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .

10 – Oh ya! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot?

11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru di kala income bulanan tidak menentu?

Dan banyak lagi

Kesimpulan di sini, selepas tamat waktu PKP itu bukanlah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui. Oleh itu risiko jangkitan dan kematian masih tinggi.

6 bulan yang akan datang adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar di mana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi.

BACA: Wabak Penyakit Atau Wabak Ekonomi, Adakah Tabung Keluarga Kita Sudah Bersedia?

Saranan

  • Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada, simpanlah selagi boleh.
  • Basuh semula pakian lama dan pakai semula. Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru
  • Hidup dalam bersederhana
  • Jimatkan pengunaan elektrik dan air
  • Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil
  • Kurangkan kos perbelanjaan makanan dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja. Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah di luar sebaiknya masak di rumah lebih menjimatkan.
  • Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan.
  • Kurangkan penggunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol, kos selenggara dan kos minyak
  • Menumpang dengan ahli keluarga atau menyewa rumah. Elakkan pembelian hartanah buat masa ini. Loan pun susah lepas dan belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal.

Berikut adalah beberapa saranan sahaja. Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan – 12 bulan akan datang.

New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi. Yang pastinya bukan mudah tetapi adalah untuk keselamatan nyawa masing-masing.

Dan Ingatlah untuk tempoh Ini “Cash Is King . “

Jimatlah sebaik mungkin. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu

Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera. Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu

Wallahualam

Www.dryazeedhairi.com

TERUSKAN MEMBACA

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here