Wabak Penyakit Atau Wabak Ekonomi, Adakah Tabung Keluarga Kita Sudah Bersedia?

Wabak Penyakit Atau Wabak Ekonomi, Adakah Tabung Keluarga Kita Sudah Bersedia? | Mungkin ramai menganggap kami seperti ingin menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan keadaan terkini penularan wabak yang pastikannya membuatkan ekonomi dunia merudum.

Namun kita tidak seharusnya kekal di zon selesa atau zon selamat dengan pelbagai jaminan kerajaan kerana kita perlu tahu wabak ini masih belum mempunyai sebarang vaksin dan tiada siapa yang boleh menjanjikan keselesaan.

Perkongsian dari Saudara Azizul Azli Ahmad ini sepatutnya membuka mata ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil peduli dengan kesan wabak ekonomi selepas wabak penyakit Covid-19 ini. Malahan lebih mendukacitakan sikap tidak peduli dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

kaussar banner 2

WABAK PENYAKIT ATAU WABAK EKONOMI?

Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi. Ada keletihan ketara diwajahnya. Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 12 bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat. Ya saya rasa akan dilanjutkan.

Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan. Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran ‘bersedia’. Apa maksudnya? Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.

Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu. Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona. Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

Kawan kawan yang baik,

Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.

Kita sedang tak ada duit. Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.

Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang. Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja. Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.

Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan. Apa yang saya nak sampaikan, Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.

Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua. Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesan wabak ekonomi lebih besar.

Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita. Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu. Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.

Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.

Bersedia untuk wabak ekonomi, kata kuncinya.

Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.

Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.

Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini. Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

Kawan kawan yang mulia,

Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali. Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40 demi kelangsungan hidup semasa wabak ekonomi.

Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini. Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.

Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincangan keluarga. Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.

Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar. Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

Azizul Azli Ahmad
#CatatanHariKe7
#StayAtHome

#Catatan Rabu pagi saya diundang bercakap di TV Alhijrah dan WHI TV3 secara online sahaja nanti. Makluman.

 

You might also like
9 Comments
  1. […] penjawat awam mungkin antara golongan tidak terjejas akibat penularan wabak ini dari segi pendapatan. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang. Pendapatan mereka secara asasnya […]

  2. […] ketahui bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional untuk membantu meringankan beban rakyat dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima […]

  3. […] Zulkarnain bekerja di sebuah kilang sebelum berhenti semasa PKP manakala isterinya tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Mohd Adam Firaz. Zulkarnain yang berasal dari Felda Ulu Dengar, Kluang […]

  4. […] setakat 1 April, seramai 378 individu menjalani hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara tersebut turut disahkan Jabatan Penjara Malaysia dalam sebuah kenyataan kepada […]

  5. […] Noor Hisham Tersenarai Tiga Doktor Terbaik & Diyakini Dunia Perangi COVID-19 | Dalam menangani pandemik COVID-19, nampaknya bukan netizen Malaysia saja yang memuja kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr […]

  6. […] perlu duduk berbincang termasuk anak-anak, mereka perlu lihat apa yang mereka ada serta menyusun perbelanjaan mengikut […]

  7. […] “Kita tidak boleh gopoh (dalam menamatkan PKP) hanya disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti bimbang ekonomi akan jatuh. […]

  8. […] BACA: Wabak Penyakit Atau Wabak Ekonomi, Adakah Tabung Keluarga Kita Sudah Bersedia? […]

  9. […] 1. Jika selama perkahwinan ini gaji kita hanya mampu bertahan dua minggu sahaja, minggu berikutnya berbaki RM10.37 sahaja.2. Sudah masanya, kita melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kita.3. Saya yakin para isteri mampu memainkan peranan sebagai penentu bajet keluarga, tugas gabenor baru;BACA JUGA :: Wabak Penyakit Atau Wabak Ekonomi, Adakah Tabung Keluarga Kita Sudah Bersedia? […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.