Nak Tidur Nyenyak Sepanjang Malam? Cuba Tip Dikongsi Doktor Ini!

Nak Tidur Nyenyak Setiap Malam? Cuba Tip Dikongsi Doktor Ini! | Kebelakangan ini pasti ramai yang mengalami masalah sukar untuk tidur yang sekaligus menyebabkan mengalami masalah tidur tak nyenyak.

Apa yang boleh kita buat untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam?

Perkongsian Tip Tidur Berkualiti Oleh Dr Ahmad Samhan ini boleh dijadikan sebagai panduan.

Tip Tidur Nyenyak Dan Berkualiti

Tidur berkualiti adalah tidur nyenyak tanpa gangguan selama 7 jam.

BACA JUGA :: Ingin Dapatkan Tidur Lebih Nyenyak, 8 Makanan Ini Boleh Membantu Anda

tidur nyenyak

Hasil tidur yang berkualiti:
Membolehkan anda segar keesokan hari, mampu berfikir dengan lebih rasional, fokus dan berfungsi dengan baik

Tip Untuk Dapat Tidur Nyenyak Dan Berkualiti

  1. Tetapkan masa tidur dan bangun pada waktu yang sama
  2. Keluarkan peluh pada waktu petang
  3. Berhenti bermain gadget sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur
  4. Suhu bilik yang selesa
  5. Tutup lampu
  6. Elakkan kopi, rokok dan alkohol
  7. Makan awal, perut penuh akibatkan tidak selesa

9 Tanda Tidak Cukup Tidur

  1. Moody
  2. Mengidam air kopi
  3. Anak mata merah, bengkak, lingkaran hitam
  4. Rasa malas pada waktu pagi
  5. Memori dan fokus terganggu
  6. Berat naik
  7. Jerawat keluar banyak
  8. Rasa kemurungan
  9. Kerap makan makanan ringan

Tip Untuk Mendapat Cukup Tidur Nyenyak

  1. Curi masa lunch pada tengah hari untuk tidur 30 minit
  2. Tidur awal pada waktu malam
  3. Keadaan bilik tidur senyap dan gelap
  4. Elak makan 2 jam sebelum tidur
  5. Tidur waktu sama setiap hari (7-9 jam)Berhenti bekerja 1 jam sebelum tidur
  6. Jangan bercakaran dengan pasangan 1 jam sebelum tidur
  7. Alihkan kucing keluar dari bilik
  8. Bilik sejuk bawah 30 degree celcius
  9. Katil untuk tidur sahaja. Nak baca buku, pergi tempat lain
  10. Belajar teknik bertenang, regangan otot, bayangkan suasana tenang
  11. Jangan merokok, vape atau minum arak
  12. Jangan minum kaffeine atau kopi 4-6 jam sebelum tidur

Mandi Sebelum Tidur

Tip yang boleh membantu untuk mereka yang sukar untuk tidur malam (insomnia) atau berasa tidak cukup tidur sewaktu bangun pagi.

Mandi dengan air suam (bersuhu 40 darjah Celcius). Sejam atau dua jam sebelum tidur. Air suam itu akan membantu membetulkan ritma sirkadian atau kitaran tidur (sleep cycle).

Meningkatkan pengaliran darah ke hujung anggota badan dan seterusnya menyejukkan suhu badan.

Hasilnya:

  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Lebih mudah untuk tertidur
  • Lebih selesa dan bau wangi

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

Sumber: Dr Ahmad Samhan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen + 14 =