Ini Cara Nak Tahu Yis Masih Hidup Atau Tidak, Punca Resipi Anda Tak Menjadi!

Bagi ibu-ibu yang rajin buat kuih muih, kek atau roti sendiri memang di rumah biasanya mesti ada stok yis ni kan. Yis memang antara bahan penting untuk buat menu sarapan atau minum petang.

Kalau yang kerap buat kuih muih ni memang selalu beli banyak stok yis sebab kadang kala yis ni memang kerap habis di kedai.

Namun, mesti ramai ibu-ibu pernah mengalami masalah resipi tak menjadi walhal dah ikut sukatan dan cara yang biasa di buat. Selain dari kesilapan teknikal ibu-ibu kena juga tahu pasal yis yang digunakan masih elok atau dah mati.

Cara menguji sama ada yis masih elok atau mati: kaedah yeast starter

Yis kering jika disimpan lama akan mati dan tidak dapat mengembangkan doh. Begitu juga jika ia sudah dimasuki angin. Oleh itu, bagi menguji sama ada masih elok atau tidak, kita boleh lakukan ujian yeast starter.

Ujian ini dapat mengelakkan kita kecewa akibat dari menghasilkan roti yang tidak akan naik atau mengembang.

yis buat roti, yis buat kuih, yis elok, yis tak elok. yis mati, yis hidup, cara nak tahu yis hidup

(1) Hangatkan cecair yang dinyatakan dalam resepi. Contohnya, jika resepi menyatakan sukatan air yang diperlukan adalah 1/2C, gunakan 1/2C air tersebut. Anda tak perlu gunakan sukatan air lain (untuk mengelakkan penggunaan terlebih air). Hangatkan biar lebih hangat dari suhu badan tapi jangan sampai anda tidak boleh memasukkan jari anda dalam air; lebih kurang suhu antara 43C – 46C.

(2) Masukkan 1 sudu teh – 2 sudu teh gula ke dalam air. Gula selebihnya boleh dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau hingga gula larut, barulah boleh dimasukkan yis.

(3) Masukkan yis mengikut sukatan yang dinyatakan dalam resepi. Kacau perlahan-lahan hingga yis larut. Biarkan sebentar.

(4) Dalam masa 5-10 minit anda akan lihat satu permukaan berbuih berwarna perang di permukaan atas air. Yis anda sudahpun mula membiak dan mengembang.

(5) Bolehlah anda gunakan campuran yis ini di dalam resepi anda. Pastikan jangan terlebih gaul campuran yis ini ke dalam adunan tepung kerana sel yis mudah rosak dan mati.

(6) Jika dalam masa 15 minit yis masih tiada perubahan (tidak terbentuk buih atau bubble), kemungkinan yis anda memang rosak atau sudah mati. Terpaksalah anda buang dan buat sekali lagi (atau guna peket yis lain)

Sumber : Zachoes

BACA JUGA: Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve + 18 =