Ingin Dapatkan Tidur Lebih Nyenyak, 8 Makanan Ini Boleh Membantu Anda

Tekanan membuatkan kita tidak nyenyak untuk tidur. Bukan itu saja, tekanan juga yang membuatkan seseorang mengalami gangguan insomnia atau susah tidur.

Jika anda terus gagal mendapatkan tidur yang berkualiti, ada harapan anda akan mendapat penyakit mental.

Ingat, semua penyakit yang berhubungkait dengan kemunduran mental tidak mungkin akan membawa anda kepada kebahagiaan.

Tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak berkualiti

Sebenarnya tidur ada dua macam, iaitu tidur yang sekadar tidur dengan tidur yang benar-benar tidur. Dalam perkataan lain, tidur yang berkualiti dengan tidur yang tiada kualiti.

Bukan telur sahaja ada gred A, B, C dan D. Tidur juga ada gred-grednya tersendiri.

Seseorang yang tidur secara berkualiti (Gred A) akan mendapat rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuhnya. Jika dia tidur enam jam, seolah-olah dia telah tidur selama 18 jam.

Wah, beruntungnya dia. Ini bermakna bukan sahaja tidurnya nyenyak malah tidak terganggu oleh mimpi-mimpi buruk yang menyakitkan kepala.

Tidur berkualiti ini boleh juga diistilahkan sebagai tidur mati. Lihat orang yang tidur mati, alangkah nikmatnya. Seolah-olah benar-benar mati dalam iman.

Lihat pula orang yang tidur tanpa kualiti. Tidurnya gelisah, mengelasau, mengigau dan mungkin merapu, bercakap dan menjerit-jerit. Lebih kronik, ada yang boleh bangkit dan berjalan-jalan dalam keadaan tidur.

Orang-orang begini bukan sahaja tidak mendapat kualiti tidur yang sebenarnya malah boleh mengganggu kualiti tidur orang lain.

Tidur yang tidak nyenyak biasanya akan membabitkan prestasi pada siang hari.

Seseorang yang sepatutnya mendapat tidur selama 7 jam, tetapi gagal mendapatkannya, akan rasa agak mengantuk pada keesokan harinya. Dia kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang bersemangat.

Semakin sedikit jumlah tidurnya daripada yang diperlukannya, semakin lemahlah dia daripada garisan kecemerlangan. Mungkin semakin keraplah dia melakukan kesilapan. Akhirnya dia akan dilihat sebagai insan yang tidak bahagia.

Insomnia mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan selain menjadikan seseorang itu menjadi tidak fokus, MUDAH letih dan tertekan. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan.

Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda itu, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

1. Kacang badam

Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.

2. Buah pisang

Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.

3. Telur Rebus

Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.

4. Buah Ceri

Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.

5. Buah lemon

Kandungan vitamin C dalam buah lemon tidak hanya bagus untuk sistem imun badan, malah ia juga memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin.

Lemon membantu sistem saraf manusia menjadi lebih tenang, boleh mengatasi stres dan anda dapat mengatasi masalah susah tidur malam!

6. Halia

Selain bagus untuk sistem pencernaan, halia juga amat bermanfaat untuk sistem saraf, lebih-lebih lagi dalam mengatasi susah tidur malam.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 oleh Journal Bioorganic and Medical Chemistery mendapati halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin di otak. Ia memberi rasa lebih relaks.

7. Kayu manis

Kayu manis memberi nutrisi pada sistem saraf yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.

Jika anda selalu terbangun di tengah malam, ia biasanya disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang meningkat. Kalau tak mahu asyik terbangun lagi, cuba masukkan kayu manis dalam menu harian anda!

8. Teh hijau

nyenyakTeh hijau mengandungi bahan yang dipanggil pektin, bersama asid amino dan alkaloid. Semua bahan ini berfungsi untuk membuatkan fikiran anda lebih relaks.

Teh hijau juga amat berkesan untuk mencegah sleep apnea.

Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 2 =