Home Resipi Nak Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Jangan Lupa 1 Bahan Penting Ni...

Nak Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Jangan Lupa 1 Bahan Penting Ni Baru Menjadi!

3249
0
Nak Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Jangan Lupa 1 Bahan Penting Ni Baru Menjadi!

Nak Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Jangan Lupa 1 Bahan Penting Ni Baru Menjadi! | Antara hidangan yang selalu ada waktu pagi adalah bihun goreng Singapore. Nampak macam putih saja tapi rasanya memang sedap dan pedas.Nak lagi best makan dengan sambal kicap.

Walaupun nampak ringkas tapi sebenar ramai yang tak tahu cara masak bihun Singapore ini. Bagi yang gemar hidangan ini jom buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Habeebah Md Daud ini yang diajar oleh ibu mentuanya.

Katanya rahsia supaya bihun Singapore yang dimasak sedap adalah udang kering.

Bihun Singapore

Bahan-bahan

  • Bihun 400gm(rendam dengan air panas 5 minit. Kemudian terus tos)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia
  • Udang (dibuang kulit)
  • Daun kucai -potong 4 cm
  • Lobak merah – hiris halus (jika suka)
  • Garam,gula, serbuk perasa -secukupnya

Bahan dikisar

Cara membuat:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering & halia.
2. Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown.
3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

4. Masukkan udang.
5.Masukkan bihun yg dah ditoskan. Gaul sebati
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.

Dah siap

Lagi sedap makan dengan sambal kicap

BACA JUGA : Menu Bihun Goreng Tomyam Untuk Malam Ni, 15 minit Jer Siap

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here