Menu Bihun Goreng Tomyam Untuk Malam Ni, 15 minit Jer Siap

Hidangan mudah disediakan untuk makan malam, sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang untuk memasak, mak-mak cepat jer nak buat! Selamat mencuba…

Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak.

RESIPI BIHUN GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Sebungkus bihun.
  • *5 biji bawang merah (cincang)
  • *5 ulas bawang putih (cincang)
  • *3 batang serai (dititik biasa dia!)
  • *Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • *Udang segar
  • *2 sudu pes thai tom yam
  • *Lobak merah-dihiris
  • Sayur sawi

Bihun Goreng Tomyam

Bihun Goreng Tomyam

Bihun Goreng Tomyam

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

Bihun Goreng Tomyam

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

Bihun Goreng Tomyam

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

Bihun Goreng Tomyam

INFO:

  1. Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
  2. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

Jika anda suka dengan resipi bihun goreng tomyam ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

10 − 7 =