Inilah 11 Makanan Ringan Yang Sihat & Sedap Untuk Yang Berdiet Makan Tanpa Rasa Bersalah!

Tak salah nak ambil makanan ringan ketika berdiet jika kena dengan caranya. Anda tak perlu takut gemuk kerana anda boleh mengatasinya dengan membuat makanan ringan anda sendiri.

Makanan ringan ini boleh menjadi penahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati, jika tidak bijak memilih bahan-bahannya, ia bakal menggagalkan diet anda.

Sekarang masanya untuk anda mengambil langkah bijak dengan memilih dan menyiapkan sendiri makanan ringan anda. Selain tidak menggemukkan, makanan ringan pilihan ini dapat menjadi sumber berkhasiat untuk tubuh.

Ini contoh 11 makanan ringan yang sedap dan anda boleh makan tanpa rasa bersalah.

1. Kekacang

Selain kaya protein dan serat, kekacang juga boleh anda jadi makanan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana. Misalnya kacang edamame, ia boleh menjadi pilihan makanan ringan yang sedap untuk anda kunyah. Setengah cawan kacang edamame mengandungi 4 gram serat, 8 gram protein dan zat besi.

2. Puding rendah lemak

Buat sendiri puding dengan rasa kesukaan tersendiri yang kaya dengan serat tanpa tambahan susu dan gula berlebihan. Anda boleh tambah serbuk kayu manis dan buah-buahan untuk penambah rasa.

3. Popcorn

Pilih popcorn mentah dengan label rendah lemak dan tanpa rasa. Masak popcorn dalam microwave bersama minyak tanpa menambahkan bahan apa pun, seperti karamel ataupun mentega. Anda dapat menambahkan sedikit saja mentega tanpa lemak trans. Jika suka pedas, anda boleh tambahkan sedikit serbuk cili. Ketahuilah bahawa popcorn tanpa tambahan mentega atau gula mengandungi serat tinggi yang sangat bermanfaat bagi pencernaan.

4. Biskut

Pilihlah biskut yang mengandungi biji-bijian utuh (seperti gandum utuh) dan rendah lemak. Anda boleh makana bersama keju parut atau krim keju rendah lemak untuk penambah rasa. Malah anda juga boleh makan biskut dengan mentega kacang yang kurang garam dan gula.

5. Cereal

Cereal dapat menjadi pilihan makanan ringan yang sihat kerana ia kaya dengan serat dan rendah kadar gula. Pastikan anda tidak memilih cereal yang bergula. Sedap dimakan bersama susu, buah-buahan atau kekacang.

6. Yogurt dan buah

Pilihlah yogurt tanpa rasa dan makana bersama potongan buah-buahan. Makanan ringan ini dapat menjadi sumber kalsium yang lazat dan kaya manfaat. Anda juga dapat mencampurkan bahan-bahan sihat lain seperti biji bunga matahari.

7. Sayuran

Tidak hanya menjadi makanan utama, sayur-sayuran juga dapat menjadi makanan ringan. Caranya anda boleh kukus dan potong kecil.

8. Roti bakar

makanan ringan

BACA JUGA : Esoklah Diet, Inilah 7 Golongan Body Masih Sama Saiz Lagi Tak Kurus-Kuruspun!

Bakar dua keping roti tawar yang diperbuat daripada biji-bijian (misalnya gandum), isikan dengan tomato yang dipotong-potong dadu dan keju parut rendah lemak. Anda juga boleh menambahkan ia dengan bawang bombay yang dicincang.

9. Salmon gulung

Sediakan empat keping salmon. Lapisi dengan krim keju rendah lemak, kemudian gulung.

10. Smoothies/milkshake pisang

Smoothies dan milkshake dikategorikan sebagai minuman sekali gus makanan ringan kerana teksturnya yang lebih kental daripada jus dan minuman lain pada umumnya. Kisar pisang bersama susu rendah lemak. Jika suka, tambahkan dengan serbuk kayu manis. Selain mengenyangkan, ia juga penuh dengan tenaga.

11. Aiskrim

Aiskrim memang tidak tepat untuk dijadikan makanan ringan setiap hari, tetapi memilih aiskrim rendah lemak ialah pilihan yang tepat dan menyenangkan terutamanya jika dinikmati di siang hari yang panas.

Kriteria beli produk makanan jika anda tidak cukup waktu nak buat makanan ringan

  1. Mengandungi biji-bijian asli yang kaya serat, nutrisi dan protein.
  2. Kalori yang cukup, tapi tidak terlalu banyak.
  3. Berlabel rendah lemak dan rendah gula.

BACA JUGA : Boleh Je Nak Berdiet Dengan Makan Nasi Tanpa Mengemukkan, Ini Yang Perlu Anda Tahu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + 9 =