Boleh Je Nak Berdiet Dengan Makan Nasi Tanpa Mengemukkan, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Orang yang sedang berdiet sering sahaja mengasingkan nasi daripada menu harian mereka. Mereka menganggap, nasi tidak bagus untuk kesihatan dan malah lebih menyedihkan apabila mereka melabelkan nasi sebagi makanan yang menggemukkan.

Namun, di Facebook Arif Sukri, dia ada berkongsi beberapa fakta yang kalian perlu tahu sebelum nak diet tapi tak nak makan nasi yang mungkin ramai tidak tahu, antaranya ialah;

Fakta Untuk Yang Berdiet Dengan Makan Nasi

1. Nasi tidak ada lemak.
2. Nasi tidak berkolestrol
3. Tak ada juga pemanis tiruan
4. Bebas dari MSG (Monosodium glutamate )
5. Sesenduk nasi baru 150 kcal sahaja
6. Kalori segenggam nasi lebih rendah berbanding segenggam keropok ikan
7. Nasi ada tak ada lemak tepu
8. Makan nasi terkawal, tetap boleh kurus

berdiet

BACA JUGA: Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah, Lembut & Sedap. Guna Nasi Lebihan Je!

Menurutnya tidak perlu salahkan nasi secara keseluruhan. Sebab yang jadi asbab kegemukan bukan nasi tapi kuantiti yang tiada kawalan.

Malah Arif menambah ada sesetengah dari kita memilih buat diet tanpa nasi. Buang terus karbo, sampai nak makan lauk-lauk sahaja. Tidak salah, jika mampu buat, teruskan sahaja. Cuma janganlah salahkan nasi kerana nasi tidak bersalah dan tidak menggemukkan.

“Yang nak berdiet tapi masih mahu makan nasi teruskan sahaja. Sememangnya nasi dan bangsa Melayu kita sukar dipisahkan, bukan? Begitulah Kawan.

“Tolong bagitau baik-baik kawan kita yang selalu dakwa nasi menggemukkan tu. Bagitaulah nasi adalah makanan orang berdiet.” Jelasnya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 5 =