Cara Buat Ibu Sambal Kicap Yang Pedas, Sedap & Tahan Lama

Cara Buat Ibu Sambal Kicap Yang Pedas, Sedap & Tahan Lama | Selain sambal belacan, sambal kicap juga antara yang menyedap rasa hidangan. Kalau nak buat kena buat sekali banyak supaya senang bila-bila nak makan ambil saja.

Boleh makan dengan banyak menu pisang goreng, tauhu bergedih, sup, ikan goreng, soto dan macam-macam lagi lah. Sebab itulah wajib ada di rumah.

Tapi kalau nak yang sedap boleh ikut sambal kicap dariJohor ini. Memang awesome rasanya. Resipi perkongsian dari Afy AL Habibi.

Resipi Ibu Sambal Kicap Awesome

ibu sambal kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih
  • Kicap manis, kicap pekat & kicap cair
Cara membuat:

1. Goreng seketika dua bahan di atas. Ini juga tip supaya sambal kicap lebih sedap dan tahan lama. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Selepas digoreng seketika masukkan dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap, boleh guna kicap Jalen lemak manis, tapi nak pakai jenama lain pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

ibu sambal kicap

Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama

Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.

Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × one =